Skuter bersesaran kecil memang popular di Jepun, bukan hanya kerana ia sangat praktikal khususnya di kawasan bandar tetapi juga kerana penampilannya yang comel. Terdapat golongan pencinta skuter yang sanggup melakukan modifikasi terhadap skuter mereka sama seperti Bosozoku yang digayakan motosikal besar.
Salah satu contoh yang mudah ialah Yamaha Cygnus Griffus, kecil tetapi ia merupakan skuter 125cc yang direka untuk menyelusuri jalan sesak di bandar serta boleh digunakan di kawasan yang damai seperti di taman-taman. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021, ia sudah mempunyai gaya sporty yang mengingatkan kembali kepada skuter dua lejang.
Baru-baru ini, Yamaha telah melancarkan edisi istimewa Cygnus Griffus dengan menumpukan gaya yang lebih sporty. Diinsipirasikan oleh motor yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP, Cygnus Griffus yang ditawarkan dengan livery Monster Energy ini akan menjengah di pasaran pada 30 Januari nanti.
Skuter comel dengan penampilan yang agresif dan garang, pasti menjadi rebutan khususnya kepada para peminat skuter samada untuk kegunaan harian atau sekadar sebagai koleksi. Terdapat pelbagai elemen yang ada pada Cygnus Griffus Monster Energy Edition ini yang diangkat dari Yamaha YZR-M1 dengan emblem Yamaha serta brek kaliper hadapan emas.
Sayangnya, skuter secomel ini hanya dikeluarkan pada kuantiti terhad yang dijangka sebanyak 800 unit. Cygnus Griffus ini tidaklah laju mana tetapi sesuai digunakan di bandar-bandar sesak yang semestinya lebih laju berbanding basikal. Dilengkapkan dengan 124cc penyejuk cecair, fuel-injected, enjin silinder tunggal dengan output 12hp.
Sebagaimana yang disebut awal tadi, Yamaha Cygnus Griffus Monster Energy MotoGP Edition ini bakal menemui para pengedar di Jepun terlebih dahulu pada 30 Januari nanti dan ditawarkan pada harga bermula dari $2,778 USD (RM12,284.26).
Sumber : Rideapart , Autoby