Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pertingkatkan Industri Pelancongan Dan Membangunkan Ekonomi Tempatan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-12-23
in BULETIN, UTAMA
0

Kumpulan berpengaruh dunia permotoran Malaysia yang terdiri daripada barisan presiden kelab serta penjelajah solo, memfokuskan tunggangan selaku media permotoran serta pelancongan, banyak berkongsi informasi tentang destinasi-destinasi pelancongan dalam negara. D’ Lancong Fleet merupakan gabungan kelab permotoran bersama beberapa penunggang solo seperti Bro’s Moto Crew TV (Malaysia), Aku & Rodaku (Azman Ali Rider) Club Antique Motor Kulim (CaMK), majalah Kapcai TV dan Yamaha Sport Northern Community (YSNC) dari wilayah utara Malaysia.

Selain itu, ahli-ahlinya memegang status sebagai admin di page laman Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok yang boleh diikuti segenap lapisan masyarakat. Kandungan yang dihasilkan mereka mengandungi penulisan cerita, video-video kreatif diselangi gambar-gambar menarik serta informasi terkini dunia permotoran yang boleh diakses menerusi akaun media sosial.

Pandemik Covid-19 yang lalu telah menjejaskan sektor pelancongan dan menjadi puncu kepada tertubuhnya D’ Lancong Fleet pada 11 Julai 2022. Gabungan ini mendapat sambutan amat baik bukan sahaja dari badan kerajaan, malah para aktivis, industri pelancongan di negeri-negeri yang telah dikunjungi. Antara negeri yang telah dipromosikan ialah Perlis dan Kedah yang berlangsung pada Julai 2022 dan Oktober 2022 yang lalu.

Setiap kunjungan diikuti usaha memasarkan lokasi dan juga premis yang memakan masa selama tiga sehingga tujuh hari bergantung kepada jumlah lokasi yang dikenalpasti untuk dihebahkan kepada para pengikut masing-masing. D’ Lancong Fleet berkonvoi dengan menggunakan pelbagai jentera motosikal milik ahli-ahli, gemar memilih premis pelancongan, kilang-kilang pengeluar motosikal termasuk galeri, warung makanan unik, premis penginapan, lokasi-lokasi menarik untuk sesi fotografi serta aktiviti yang berkaitan dengan dunia pelancongan permotoran yang memberikan manfaat kepada para penunggang lain di Malaysia.

Gabungan ini menganggap ia salah satu usaha ‘Corporate Social Responsibility’ yang mula mendapat perhatian menerusi beberapa perkongsian di media sosial yang dijadikan sebagai panduan. Selain itu, Kunjungan Tular Dua Roda ke negeri-negeri seluruh Malaysia juga bertujuan untuk meningkatkan ekonomi masyarakat setempat melalui kemasukan para pelancong di lokasi-lokasi yang ditularkan, bersesuaian dengan harga, aktiviti, akses, kemudahan, layanan serta keunikkan yang ditawarkan. Misi ini bukan sahaja terhad di semenanjung Malaysia, malah ke semua negeri. Selepas sahaja selesai di semenanjung, gabungan ini akan meneruskan usaha ke Sabah dan juga Sarawak.

Kucing digunakan sebagai logo yang mewakili gabungan ini kerana haiwan ini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat kuat serta tingkah laku di luar jangkaan. Lagak dan karakter kucing itu bersesuaian dengan situasi. Selain comel, kucing juga antara haiwan peliharaan yang disayangi segenap lapisan masyarakat dunia. Logo kucing memakai helmet retro berkaca mata sambil memerhatikan motosikal di tepian pantai pelancongan membawa maksud mendalam, bertepatan misi gabungan media permotoran ini.

Sasaran seterusnya adalah negeri Di Bawah Bayu, Sabah yang dijangka bakal berlangsung pada tahun 2023. Jelajah ke negeri Sabah ini dijangka akan memberi pelbagai informasi tentang pengurusan pengangkutan, pemanduan arah peta, tunggangan bersama orang tempatan, cabaran bermalam lebih lama serta hal-hal ehwal lain yang melibatkan kos serta persediaan mental.

Jangan lupa ikuti pengembaraan D’ Lancong Fleet menerusi media sosial mereka di Instagram, Facebook, YouTube dan juga TikTok. Nantikan kehadiran mereka di negeri anda, pasti menarik bila dapat bersua dan ride bersama, kan?

Previous Post

Ditawarkan Pada Harga Bermula RM5,998.00

Next Post

Skuter Comel Yang Acah-Acah Garang?

Next Post

Skuter Comel Yang Acah-Acah Garang?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved