Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

SIC Dalam Peringkat Memuktamad Lanjutan Kontrak Penganjuran MotoGP

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-04
in BULETIN, UTAMA
0

SIC Dalam Peringkat Memuktamad Lanjutan Kontrak Penganjuran MotoGP

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dalam proses untuk memuktamadkan penyambungan kontrak jangka panjang bersama penganjur Grand Prix Motosikal (MotoGP), Dorn Sports.

Meskipun perlumbaan tahun ini dibatalkan susulan COVID-19, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata perbincangan itu menampakkan petanda positif untuk Malaysia terus kekal dalam kalendar Kejohanan Dunia, dengan sokongan kuat peminat dan penaja.

“Kontrak semasa untuk menganjurkan MotoGP adalah sehingga 2021, tapi kami di peringkat akhir untuk memuktamadkan penyambungan kontrak untuk jangka panjang. Kami akan umumkan selepas selesai perincian dan dokumen.

“Kami jangkakan tidak mengalami masalah untuk penyambungan, kami bekerjasama dengan mereka sejak 1999 (MotoGP).

“Kami tidak mengalami masalah untuk melanjutkan tempoh, kami telah bekerjasama dengan mereka (MotoGP) sejak tahun 1999. MotoGP mengambil kira peminat Malaysia dan rakan kongsi untuk menyambung kontrak,” katanya pada sidang media maya, hari ini.

Sementara itu, Azhan Shafriman berkata peminat yang telah membeli tiket awal untuk menonton aksi MotoGP 2020 yang dijadual pada 30 Okt hingga 1 Nov, boleh menghubungi SIC menerusi talian 03-87782222 atau inquiries@sepangcircuit.com untuk tujuan pemulangan wang.

“Kami belum memutuskan sama ada peminat boleh menggunakan tiket mereka untuk tahun depan, kami akan umumkan sebarang maklumat lanjut, namun, peminat boleh menghubungi kami untuk pemulangan wang. Kami mula menjual tiket awal tahun ini tapi menamatkan jualan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Jumlah penjualan tiket adalah antara 20 hingga 30 peratus daripada tahun lepas. Kami bercadang untuk membenarkan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan (selepas PKP), namun terpaksa membatalkan perlumbaan demi keselamatan dan kesihatan, memandangkan perlumbaan dengan disaksikan penonton masih belum pasti berlaku,” katanya tanpa mendedahkan angka.

Menurut Azhan Shafriman, pemegang taruh terpaksa membuat keputusan sukar untuk membatalkan perlumbaan demi keselamatan semua susulan situasi tidak menentu COVID-19 serta sekatan perjalanan yang dikenakan oleh kerajaan.

Pada Jumaat lepas, badan pentadbir sukan permotoran – Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports mengumumkan pembatalan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) di Litar Antarabangsa Sepang, serta GP Argentina dan Thailand. Azhan Shafriman berkata kerugian yang dialami susulan pembatalan MotoGP 2020 agak besar, namun SIC telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk meneliti perancangan dan alternatif jangka pendek dan pertengahan bagi mengimbangi kerugian dialami.

Bagaimanapun, beliau berkata trek perlumbaan ikonik itu hampir penuh ditempah sehingga hujung tahun ini untuk acara sukan permotoran tempatan, di samping bakal menganjurkan beberapa acara antarabangsa seperti MotoGP, Le Mans Asia dan GT Asia pada 2021. — BERNAMA

Previous Post

KTM RC16 Espargo Untuk Dijual

Next Post

MV Agusta Brutale 800, Motosikal Naked Cantik!

Next Post

MV Agusta Brutale 800, Motosikal Naked Cantik!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved