Di negara-negara Eropah, pasaran untuk motosikal elektrik berkembang dengan sangat pesat. Insentif dari pihak kerajaan, mendorong pengeluar dan pembeli dalam perkembangan industri motor elektrik ini. Dalam masa yang sama, pasaran untuk pemula sangat sesuai sebagai tempat teknologi motosikal elektrik ini.
Salah satu contoh adalah sebuah sportbike elektrik SR8 jenama Perancis, Rider. Ia merupakan jenama yang diambil dari pengedar dua roda elektrik iaitu Go2roues, Rider menyasarkan para penunggang yang baru sahaja berjinak-jinak dengan jentera dua roda menerusi SR8 yang sama dengan jentera 125cc.
Manakala harganya pula bukanlah sesuatu yang sesuai dengan penunggang baharu kerana boleh dikatakan agak mahal. Jika dibandingkan, ia seperti memiliki sebuah motosikal dikuasakan petrol yang paling baik. Bagaimanapun, ia harga yang setaraf nilainya dengan sportbike elektrik menurut kata Rider.
Bercakap tentang prestasi, sudah tentu ia tidak mampu menandingi sportbike 125cc walaupun ia dikatakan begitu. Ia tidak boleh menghasilkan lebih daripada 15hp. Realitinya, motor elektrik SR8 mampu mengeluarkan output maksima 11kW dengan tork 103.6 lb-ft sebaik sahaja tangan dipulaskan.
Menurut Rider lagi, SR8 mempunyai kelajuan tertinggi pada 93 batu per jam. Manakala tentang bateri pula, SR8 dilengkapi dengan pek bateri 7.2 kW/j. Jika anda berharap ia akan memecut laju, jangan impikan ia boleh memecut laju.
Sumber : Rideapart