Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Enam Edisi Terhad, Model Motosikal Bersiri Untuk Raikan Ulang Tahun ke-120

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-01-20
in BULETIN, UTAMA
0

Baru-baru ini, Harley Davidson telah mengumumkan barisan model edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-120. Sebanyak enam model edisi terhad “120th Anniversary Harley-Davidson” yang menampilkan ciri-ciri eksklusif khususnya hasil kerja tangan cukup halus dan unik. Antara model yang ditawarkan ialah CVO Road Glide Limited Anniversary yang didatangkan dengan skema cat paling rumit pernah dihasilkan Harley-Davidson.

Panel-panel Heirloom Red diaplikasikan di atas salutan asas Anniversary Black, setiap satunya diserlahkan dengan jalur-jalur merah terang serta catan tangan berwarna emas. Ciri-ciri lebih terperinci ditambahkan di antara panel-panel tersebut yang menggambarkan kepala dan sayap seekor helang yang sedang terbang. Tangki minyak dengan plat emas menggambarkan interpretasi dekorasi seni seekor helang, rekaan elemen ikonik Harley-Davidson.

Selain itu, ciri-ciri tambahan lain termasuk permukaan pelana Alcantara dengan warna emas dan aksen jahitan kontras merah, sisipan trenkuasa ton-emas dan kotak rocker merah terang serta kolar tiub pushrod. Hanya 1,500 unit model CVO Road Glide Limited Anniversary yang dikeluarkan untuk edaran global dan setiap satunya bersiri dengan panel yang digores menggunakan laser atas konsol tangki minyak.

Model 120th Anniversary istimewa ini dicatkan dengan skema yang berbeza serta ditawarkan dalam enam model pengeluaran terhad tambahan bersama warna dan kombinasi rekaan diinsipirasikan oleh motosikal Harley-Davidson awal-awal dahulu. Setiap satunya menampilkan skema cat panel klasik dengan Heirloom Red pada warna asas. Bahagian panel diserlahkan dengan jalur-jalur merah terang serta diisi dengan bayangan Midnight Crimson yang lebih gelap. Ciri-ciri tambahan lain termasuk medalion tangki helang Art Deco, penutup pelana dengan panel sisi merah dan logo Harley-Davidson emas juga sisipan trenkuasa warna merah.

Rekaan untuk sambutan ulang tahun ke-120 ini ditawarkan mengikut model-model bersiri seperti berikut;
– Ultra Limited Anniversary (pengeluaran terhad sehingga 1,300 unit seluruh dunia)
– Tri Glide Ultra Anniversary (1,100 unit)
– Street Glide Special Anniversary (1,600 unit)
– Road Glide Special Anniversary (1,600 unit)
– Fat Boy 114 Anniversary (3,000 unit)
– Heritage Classic 114 Anniversary (1,700 unit)

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang model 120th Anniversary Harley-Davidson ini, hubungi wakil-wakil pengedar Harley-Davidson berdekatan.

Previous Post

Siri Dengan Bilangan Terhad, Bakal Berada Atas Jalan Raya Tahun Ini!

Next Post

Sesuai Untuk Yang Baru Berjinak-Jinak?

Next Post

Sesuai Untuk Yang Baru Berjinak-Jinak?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved