Menjelang pusingan MotoGP Malaysia 2025, satu majlis istimewa Meet & Greet bersama pasukan Trackhouse MotoGP team telah pun diadakan dan mempertemukan para peminat tempatan dengan pelumba-pelumba MotoGP.


Turut hadir memeriahkan lagi majlis ini ialah ialah Mike Jones dan Sacha Davis, kedua-duanya Ketua Pegawai Eksekutif Gulf Oil International, bersama Davide Brivio, Team Principal Trackhouse. Mereka turut disertai dua pelumba pasukan iaitu Raul Fernandes dan Ai Ogura. Suasana santai namun penuh semangat ini menjadi peluang buat peminat mendekati pelumba kegemaran mereka sebelum aksi sebenar bermula di litar.

Sebagai penaja rasmi pasukan Trackhouse, Gulf Oil International terus menunjukkan komitmen terhadap dunia sukan permotoran melalui kerjasama strategik yang menggabungkan teknologi, prestasi, dan semangat perlumbaan. Hubungan antara Gulf dan Trackhouse bukan sekadar di litar, tetapi turut membina hubungan lebih rapat bersama komuniti peminat di seluruh dunia.

Acara Meet & Greet ini bukan sahaja meraikan kehadiran MotoGP di Malaysia, tetapi turut memperkukuh hubungan antara Gulf Oil, pasukan Trackhouse, dan komuniti peminat motosikal di rantau ini. Ia menjadi bukti bahawa semangat perlumbaan sejati bukan hanya tentang kelajuan di litar, tetapi juga tentang kebersamaan dan minat yang dikongsi bersama.
































































