Setelah sekian lama, Malaysia berada dalam keadaaan pandemik, maka peralihan ke fasa endemik yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan amat dinanti-nantikan.
Bersempena peralihan ke fasa endemik dan juga kembalinya Suzuki Malaysia ke tanahair, satu sesi TTS (Teh Tarik Session) diadakan bagi merapatkan kembali jalinan ukhuwah dalam kalangan pengguna jentera Suzuki setelah sekian lama tidak bersua.
Program ini terbuka kepada semua pengguna jentera Suzuki tidak kira yang masih memiliki mahupun pernah memiliki jentera suatu ketika dahulu. Diadakan di Warung De’ Akasia, Senawang, progam yang diadakan pada 1 April ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Perkongsian : Rizal