HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) tampil menawarkan moped popular mereka-Yamaha Y15ZR yang telah diperkemaskan dengan corak grafik eksklusif. Selain corak dan warna baharu yang ditampilkan, harga baharu yang ditawarkan juga sekitar RM8,498.
Untuk edisi 2022, Y15ZR tampil dengan imej grafik yang lebih segar dan pilihan warna yang telah diperbaharui. Anda boleh memilih empat warna kesukaan anda samada warna Hijau, Cyan, Kelabu dan Biru.
Terdapat empat pembaharuan yang diperkenalkan bagi Y15ZR versi 2022. Antaranya ialah:
LAMPU MODEN LED
Rekaan bentuk terkini yang canggih dan agak sporti. Lampu hadapan jenis LED baharu terdiri daripada 3 bahagian (2 rendah, 1 tinggi) setiap satu akan memberikan pencahayaan dan kejelasan maksimum semasa anda menunggang di waktu malam.
TAYAR HADAPAN LEBIH LEBAR
Jentera paling ‘hot’ ketika ini, kelihatan lebih ‘macho’ dengan tayar hadapan yang lebih lebar sekali gus memberikan anda perjalanan yang lebih selamat dan selesa selain ketrampilan yang agak maskulin.
PANEL METER LCD
Rekaan pada bentuk meter kelajuan tampil dengan panel meter LCD. Segalanya dipenuhi dengan maklumat tunggangan dengan pembacaan yang lebih terang dan komprehensif. Dan sudah pasti, segalanya terpulang kepada tangan anda untuk menyongkar segala maklumat yang diberikan.
GRAFIK DAN DEKAL YANG MENARIK
Gabungan rekaan bentuk grafik moden yang menarik. Tampil dengan imej yang mampu menyemarakkan perasaan anda ketika menunggang. Imej yang ditampilkan juga kelihatan sedikit garang sekali pun jentera ini tidak bergerak dan sekadar berada di bawah bumbung rumah anda.
Selain itu, spesifikasi yang ditawarkan tetap sama. Y15ZR dijadnakan dengan silinder tunggal 150cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa maksimum 15.2hp @ 8,500rpm serta daya kalias 13.8Nm @ 7,000rpm dan padanan kotak gear lima kelajuan.