Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Semakin Luar Biasa Permainan Orang Kita. Lebih Hebat Dari Bangsawan Semuanya

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kegilaan orang zaman sekarang amat berbeza dengan kita yang main skuter zaman-zaman dulu. Kalau sepuluh tahun kebelakang atau lebih, orang layan skuter semuanya akan air brush, letak radio dengan speaker dan layan kelajuan yang tak seberapa. Akan tetapi, sejak 1 atau 2 tahun ni, semakin banyak model-model skuter yang hebat dihasilkan. Dan yang paling membuat kita semua teruja adalah kebanyakannya memiliki cc luar biasa.

Para pengeluar sudah mula menampilkan jentera-jentera skuter berkuasa tinggi dan bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan yang terbaik untuk para penggunanya. Dengan munculnya model-model hebat ini, maka terhasillah pelbagai aksesori dan juga alat ganti berprestasi untuk digunakan untuk skuter-skuter baru ini. Mekanik berpengalaman pula mula membuat ramuan rahsia untuk diserapkan kepada jentera yang semakin digilai.

Yamaha merupakan salah satu jenama yang sentiasa mendapat perhatian dengan setiap motosikal yang dihasilkan. Ada sahaja model-model baharu yang semestinya mendapat tempat di hati para peminatnya. Sebagai contoh, Yamaha XMax ni. Rasanya baru beberapa bulan owner beli tapi… kita boleh lihat sendiri apa yang telah dilakukan pada jentera ini.

Asalnya, enjin skuter ini didatangkan berkapasiti 250cc. Akan tetapi, dengan sikap pemiliknya yang juga seorang businessman ini agak rakus, maka perubahan baru telah ditampilkan pada jentera beliau ini. Semestinya, enjin dari 250cc telah dinaik taraf dengan penggunaan blok 300cc yang didiami oleh piston berukuran 75mm. Kepala silinder enjin ini telah dilakukan proses ‘port n polish’ dan kemudiannya disumbatkan dengan cam 286’ MRX rekaan kustom dari negara Thailand.

Tidak cukup dengan itu, unit throttle body berukuran 41mm juga kustom dari Thailand telah menggantikan yang asal. Pam bahan api dan juga ecu bagi jentera ini telah digantikan dengan XMax 300cc. Kotak gear asalnya juga telah ditanggalkan dan digantikan dari jenama MRX. Sistem ekzos pula, semestinya yang cukup untuk melawas segala gas yang terhasil dalam ruangan pembakaran. Maka ekzos Scorpion Red Power Ceramic Black diikat kukuh di bahagian sisi jentera ini. Berdenyut punya setting ni. Skuter zaman sekarang bukan macam dulu-dulu punya ya… jangan salah kacau, kompem korang pishang.

Dengan desakan dari nafsunya, maka sistem suspensi depan telah digantikan dengan penggunaan kit RFRS manakala Ohlins YA740 di belakang untuk prestasi lebih baik dan keselesaan yang lebih memuaskan. Sistem breknya juga dinaik taraf. Semestinya Brembo adalah pilihan untuk tampak lebih berkuasa dan dipercayai. ‘Master Pump’ atas kedua-duanya menggunakan RCS 19 manakala kaliper P4 untuk depan dan P2 untuk belakang. Betul-betul belanja habis!

Jentera ini juga telah digantikan tempat duduk asal dengan yang lebih empuk dan selesa. Aksesori gentian karbon juga memberi lebih impak pada personaliti jentera ini ditambah pula dengan warna oren rekaan Aikka, semestinya membuat ramai terpegun. Dengan rim asal yang masih dikekalkan, kuasa mengambil selekoh dengan lebih yakin semestinya diharapkan pada sistem suspensi hebatnya serta tayar Pirelli Angle yang digunakan.

Walaubagaimanapun, percayalah, mesti lepas ni jentera ini akan dinaik taraf lagi! Orang Malaysia takkan pernah puas kalau main motor!

Spesifikasi
Motosikal : Yamaha XMax 250
Tahun : 2019
Enjin : Blok 300cc, piston 75, spec 286cc, Head 300cc port & polish, cam 286 mrx thailand custom, Throttle body Thailand custom 41mm, Fuel pump xmax 300cc, Scorpion Red Power Ceramic Black Full exhaust system
ECU : XMax 300cc
Gearbox & klac : Gearbox MRX
Suspensi : RFRS Front Fork Kits (depan), Ohlins YA740 XMax (belakang)
Brek: Master Pump Brembo Rcs19 (kiri-kanan), Brembo P4 (depan) Brembo P2 (belakang)
Rim & Tayar : Rim Standard Yamaha, tayar Pirelli Angle Scooter
Luaran : Europe Comfort Seat, full carbon fiber parts, fluorescent orange by AIKKA The Paint Master
Bengkel : 43thousand Garage, Double H Bike Detailing & Wash, WAK JOI (Mulisha Scootsport Ampang) & CHARLIE (SAYAN ZING)
Penaja : Double H Bike Detailing & Wash
Pemilik : Hazrul Izam (Hash)

Previous Post

Hanya Untuk Peminat Repsol Honda, Spesifikasi Kekal Sama

Next Post

Peluang Untuk Memiliki MotoGP Gresini Honda CBR 100 RR Di Itali

Next Post

Peluang Untuk Memiliki MotoGP Gresini Honda CBR 100 RR Di Itali

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved