Berlokasi di Ruote da Sogno, motosikal peninggalan pelumba Marco Simoncelli yang terkorban di usia muda kini ditempatkan bersama lebih 700 buah motosikal klasik di sebuah bilik pameran di Itali. Bagi makluman, ia bukan disimpan sebagai koleksi tetapi tempat khas untuk dikunjungi para peminat yang ingin melawat dan menghargai motor-motor serta kereta klasik ini.
Terletak di Reggio Emilia, ia juga dikenali sebagai kawasan perkampungan motor Itali (Italian Motor Valley). Di sini, anda boleh menikmati makanan, minuman dan melihat motosikal yang cantik dan seni auto. Di kawasan berhampiran juga terletak Ferrari, Maserati, Pagani, Lamborghini dan Ducati.
Beralih semula kepada motosikal Gresini CRB 100 RR ini, ia didatangkan dengan sijil pengesahan yang datang dari pasukan Gresini Racing Team dan ditandatangani oleh Fausto Gresini sendiri. Ia pernah digunakan untuk ujian dan bukannya semasa perlumbaan yang pernah ditunggang oleh pelumba Gresini Honda untuk ujian yang berbeza. Pada tahun 2011, ia ditunggang oleh Marco Simoncelli yang juga dikenali dengan gelaran Super Sic.
Pada tahun 2012 pula, Michele Pirro menggunakannya ketika sesi ujian di Vallelunga dan terakhir, ketika tahun 2014 di mana Scott Redding menggunakannya untuk sesi ujian di Jerez.
Walaupun motor ini sudah kerap digunakan tetap pihak Ruote da Sogno menegaskan ia dijaga dengan baik. Jika anda berpeluang ke Itali, mungkin motor ini boleh jadi milik anda.
Sumbar : RideApart.com