Diperkenalkan pada tahun 2018 oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di San Francisco, Onyx menyasarkan untuk mengembalikan zaman kegemilangan motor moped dari era 70an dan 80an tapi dalam versi elektrik. Dilengkapi dengan pemacuan elektrik yang mampu milik, motosikal yang kukuh dan seronok ditunggang ini telah dikemaskini dengan pelbagai ciri termasuk rangka, indikator, kawalan, brek, elektrik, suspensi dan bateri serta pengecas bateri serba baru.
Manakala dari sisis perkembangan teknikal pula, enjin motor ini mampu mencapai sehingga 5.4kW (7.3hp) dan 182Nm dengan kelajuan maksima 96 km/j dengan bateri 3 kWh. Motor Onyx RCR ini telah dibuktikan popular di pasaran skuter elektrik dan versi yang telah dikemas kini ini adalah usaha syarikat untuk menjadikan produk ini lebih baik dari sebelumnya.
Sebagaimana yang dilaporkan Designboom.com, versi ini turut dilengkapi dengan ‘peg mounting hole’ untuk lengan hayun yang membolehkan dua orang menunggang motosikal ini. Pendakap angkupnya juga lebih kukuh, bersih dan direka semula untuk memberikan kuasa yang lebih ketika berhenti. Lengan hayun juga telah diperkukuhkan untuk memastikan penunggang tidak mengalami masalah ketika melalui permukaan yang tidak rata dan rangka yang baru pula memiliki bateri getah yang lebih besar untuk mengekalkan kedudukan bateri agar tidak tergelincir walaupun dalam keadaan jalan yang teruk.
Onyx RCR yang telah dikemaskini ini lebih rendah sebanyak 3 inci, menarik semuanya lebih rapat dengan permukaan jalan, merendahkan pusat graviti dan mengubah pengendaliannya. Fork juga telah dikemaskini untuk memastikan penunggangan yang lebih lancar. Akhir sekali, syarikat ini juga telah menyediakan pilihan untuk memasukkan lampu isyarat. Lampu LED ini mungkin kelihatan biasa tetapi cahayanya yang terang boleh menyakitkan mata. Stok ini didatangkan dengan indikator, 2 set lampu untuk bahagian depan dan belakang.
Sumber : Designboom.com