Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Scooterian Mega Gathering 2023, Tarik Minat Golongan Muda

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-10
in BULETIN, UTAMA
0

Diadakan buat pertama kali, Scooterian Mega Gathering ini telah menghimpunkan hampir 200 kelab skuter dari seluruh Malaysia. Golongan anak muda mencatatkan kehadiran paling ramai sekali gus membuktikan bahawa mereka mampu beriadah secara positif khususnya untuk perkara yang benar-benar diminati.

Bertempat di Taman Tasik Kuala Nerus, Bandar Al-Wathiqu Billah di negeri Terengganu Darul Iman, acara ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Induk Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dengan UBSNT. Acara ini telah menerima sokongan pelbagai pihak khususnya MR. 12 Production Sdn. Bhd selaku penaja utama.

Berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Februari lalu, objektif utama acara ini diadakan adalah untuk mendekatkan anak muda dengan pelbagai info semasa dari agensi-agensi kerajaan. Dalam masa sama, memupuk semangat kebersamaan dalam program kebajikan seperti kepentingan derma darah.

Penganjuran ini memberi maksud perhimpunan bersekala besar dan terdiri dari golongan anak muda serta golongan berumur yang meminati motosikal berkategori skuter atau belting. Acara ini diserikan dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertandingan motosikal pelbagai kategori, perarakkan motosikal, derma darah dan pameran dari pelbagai agensi kerajaan.

Oleh yang demikian, penganjuran acara ini diadakan tepat pada masanya kerana dinanti-nantikan oleh anak muda di seluruh semenanjung Malaysia. Secara tidak langsung, golongan ini akan membawa contoh baik dari sebuah acara atau program yang mematuhi Garis Panduan Penganjuran Negeri Terengganu yang semestinya ke arah lebih islamik.

Selain itu, segmen pertandingan karaoke khas untuk lelaki sahaja turut diadakan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta sukaneka. Acara yang diadakan buat pertama kalinya ini telah dirasmikan oleh
YB. Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO. Cabutan bertuah juga diadakan yang menawarkan barangan motosikal serta cabutan utama iaitu 3 buah skuter.

Previous Post

2023 HI-REV SoyaCincau Racing Team

Next Post

Dicabar Hebat Pelumba Lain, Kasma Kekal Fokus Hingga Garis Penamat

Next Post

Dicabar Hebat Pelumba Lain, Kasma Kekal Fokus Hingga Garis Penamat

CAPAIAN

  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved