Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dicabar Hebat Pelumba Lain, Kasma Kekal Fokus Hingga Garis Penamat

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-13
in BULETIN, UTAMA
0

Pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol menyaksikan Kasma Daniel Kasmayuddin melakarkan kemenangan pertamanya untuk pasukannya PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di kategori CP150. Di sesi “Superpole” yang berlangsung pada waktu pagi menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin dengan persembahan hebat apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 43’948s.

Manakala Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team pula mencatatkan masa 44’135s diikuti oleh Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 44’177s. Nasib tidak menyebelahi Afif dan Nazirul apabila mereka tergelincir dan jatuh di permulaan perlumbaan. Ini memberikan ruang kepada Akid untuk mengambil P1 dan menguasai litar untuk beberapa lap sebelum di beri tekanan oleh Kasma di lap kelima. Di lap keenam, Kasma berjaya memintas Akid dan tampil dengan aksi yang hebat sepanjang perlumbaan di lap-lap seterusnya.

Di P2, kedudukan Akid semakin diancam oleh Azroy. Akid meneruskan perjuangannya tetapi akhirnya dipintas oleh Azroy di lap keenam belas. Dalam pada itu, Kasma yang telah mengekalkan kedudukannya secara konsisten di P1 meningkatkan kelajuan dengan jarak yang cukup untuk mengurangkan persaingan daripada pelumba di P2. Di akhir lap kelapan belas, kedudukan Azroy tergugat apabila Akid mencuri peluang untuk memintas.

Di lap terakhir, jarak di antara Kasma and Akid semakin besar dan Akid kehilangan peluang untuk tampil ke hadapan. Kasma meraih kemenangan pertama untuk musim 2023 dengan catatan masa 14’53:692s.

Menurut Kasma, “Pada perlumbaan tadi, saya memang bermula lambat dan agak ketinggalan. Bertambah lagi dengan cuaca yang panas dan jentera saya semakin kurang “power”. Pada masa itu, saya cuba memintas dan mempertahankan “racing line”. Akid dan Azroy juga, 50%/50% tadi dan dari segi jentera pun agak berbeza. Akid mempunyai kelebihan dalam “top speed” maka saya hanya cuba kekalkan momentum dan fokus kepada “cornering-to-cornering”.

“Cuaca memang panas dan memang tayar-tayar pelumba pun terjejas. Kami hanya cuba “safe-riding” untuk elakkan daripada jatuh dan memang syukur untuk perlumbaan ini.

Tempat kedua diambil oleh Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 14’54:099s. Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 14’54:892s.

Bagi kategori CP125 pula, Md Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menguasai Dataran Seri jempol dengan kemenangan pertamanya untuk musim 2023. Di sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada sebelah pagi, Md Aiman Tahiruddin dari PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas, 46’430s diikuti oleh Md Khairi Ashraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team pada 46’435s dan Md Irfan Haykal Amidi dari pasukan Bad Lad Honda KC Racing pada 46’539s.

Sejurus selepas bermulanya perlumbaan, Aiman memecut ke hadapan dan menutup ruang untuk persaingan di selekoh pertama. Namun begitu, persaingan di antara pelumba-pelumba bertambah sengit seperti biasa dan telah menyaksikan perubahan kedudukan di antara mereka tetapi yang paling ketara adalah di antara Aiman dan Firdaus. Pada ketika itu, Irfan Haykal berada di P3.

Dua lap lagi untuk menamatkan perlumbaan, suatu kejadian yang tidak disangka berlaku dan ketiga-tiga pelumba di hadapan jatuh lalu memberikan ruang kepada Khairi Ashraf untuk meluncur ke hadapan diikuti oleh Adie Putra di belakangnya. Di lap terakhir, Khairi memecut ke garisan penamat dengan catatan masa 11’51:548s. Di saat akhir, Adie dipintas oleh Shafiq Ezzariq yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Menurut Khairi, “Saya berterima kasih kepada pasukan saya untuk setup jentera yang baik. Pada mulanya, memang sukar kerana pelumba-pelumba memberikan saingan yang hebat. Namun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh kelompok di hadapan telah memberikan saya kelebihan dan akhirnya saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat pertama.”

Tempat kedua di ambil oleh rakan sepasukannya, Md Syafiq Ezzariq Saiful Nizam dengan catatan masa 11’53:687s. Md Adie Putra Sukarno dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11’54:139s.

Sementara itu, bagi kategori Wira KBS, Emil Idzhar Ezuan dari menceriakan lagi suasana untuk pasukan Yamaha Esremo 27 Racing apabila beliau meraih kemenangan. Emil bermula di petak grid pertama. Namun begitu, di akhir lap pertama, Emil dipintas oleh Adib Arsyad yang kemudiannya di pintas oleh Adib Hareez di akhir lap kedua. Sementara itu, Amirun Haziq yang berada di P5 pada permulaan perlumbaan memberikan cabaran yang hebat dan pada akhir lap keenam, beliau mara ke kedudukan P2.

Pada pertengahan perlumbaan, Amirun teruskan saingan sambil memberikan tekanan kepada Adib Hareez di hadapannya. Beliau berjaya memintas dan mengambil kedudukan P1 pada akhir lap kelapan. Walau bagaimanapun, kedudukan Amirun disambar kembali oleh Emil yang tidak berputus asa. Emil kemudiannya meneruskan perlumbaan di kedudukan P1 dan mempertahankan kedudukannya walaupun diberikan tekanan oleh Adib Hareez di belakangnya. Emil menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 9’42:132s.

Menurut Emil, “Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa dan pasukan saya yang telah bertungkus-lumus untuk minggu ini. Pada permulaan perlumbaan tadi, saya agak ketinggalan tetapi pada lap-lap terakhir, saya dapat “catch-up” dengan kelajuan dan momentum yang bagus.”

Kedudukan kedua diambil oleh Adib Hareez Hazwat dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing dengan catatan masa 9’42:488s. Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’43:912s.

Pusingan 2, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Jempol
CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:53.692
2. Md Akid Aziz, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 14:54.099
3. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY ESTREMO TEAM, 14:54.892
4. Md Muzakkir Mohamed, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 15:01.210
5. Md Helmi Azman, SCK HONDA RACING TEAM, 15:08.018

CP125
1. Md Khairi Asyraf Mahmood, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 11:51.548
2. Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 11:53.687
3. Md Adie Putra Sukarno, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 11:54.139
4. Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 11:54.877
5. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:54.906

Wira KBS
1. Emil Idzhar Ezuan, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 9:42.132
2. Adib Hareez Hazwat, BAD LAB HONDA KC RACING, 9:42.488
3. Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 9:43.912
4. Amirun Haziq Johan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 9:44.485
5. Farres Putra Md Fadhil, V- FIERTECH WIRAMUDA RACING, 9:44.832

Previous Post

Scooterian Mega Gathering 2023, Tarik Minat Golongan Muda

Next Post

Mengekalkan Tahap Kelikatan, Kebersihan Komponen Enjin Terjaga

Next Post

Mengekalkan Tahap Kelikatan, Kebersihan Komponen Enjin Terjaga

CAPAIAN

  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved