MForce Bike Holdings melakar pertumbuhan memberangsangkan apabila lebih 2,500 unit motosikal VF3i 185 LE didaftarkan selepas dilancarkan secara rasmi pada Mei lalu. Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad memberitahu sambutan yang diterima bagi model itu adalah di luar jangkaan.
VF3i 185LE merupakan model kapcai pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS), selain beberapa naik taraf pada bahagian enjin berbanding sebelumnya. VF3i 185 LE ditawarkan harga jualan RM9,338 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Pembeli akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (mana-mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen stas talian oleh MForce Bike Holdings.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ