Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan lalu telah menjejaskan mata pencarian begitu ramai rakyat Malaysia, termasuklah mereka yang bergantung kepada motosikal sebagai sumber pendapatan harian. Kini, Malaysia berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana industri mula beroperasi dan penduduk mula menyesuaikan kehidupan harian dengan norma baharu, Shell membawakan kempen tiga penjuru #AtasiSegalanya yang diharapkan dapat membangkit semangat para penunggang dan mekanik motosikal.
Minyak Shell Advance percuma untuk penunggang
Sebagai permulaan kempen #AtasiSegalanya bagi tahun 2020, Shell Advance akan memberikan 500 botol minyak enjin separa sintetik Shell Advance AX7 secara percuma kepada pemilik motosikal, yang bertujuan untuk mengurangkan beban penunggang motosikal di Malaysia.
Mulai 26 Jun hingga 11 Julai 2020, para penunggang hanya perlu melayari https://www.shell.com.my/motorists/oils-lubricants/win-free-shell-advance-motorcyle-oil.html, jawab soalan mudah dengan betul untuk berpeluang mendapatkan pek Shell Advance AX7 1 liter secara percuma. Shell Advance AX7 dihasilkan khusus untuk meningkatkan ekonomi bahan api dan mengurangkan kos penyenggaraan dengan memaksimumkan jarak perbatuan motosikal sehingga 36 km bagi setiap isian tangki penuh[3].
Bandana percuma dengan pembelian Shell Advance AX7
Dalam penggalakkan untuk membangkitkan semangat penunggang dalam mengatasi segala cabaran dan halangan yang dihadapi, setiap pembelian pek 1 liter minyak enjin separa sintetik Shell Advance AX7 dari bengkel-bengkel yang mengambil bahagian kini dihadiahkan dengan bandana yang bergaya secara percuma, sementara stok masih ada.
Shell Advance Masterclass bersedia untuk meningkatkan kemahiran 2,000 mekanik motosikal dalam tahun 2020
Sementara itu, dengan pembukaan semula bengkel-bengkel motosikal, lebih daripada 2,000 mekanik motosikal tempatan akan mendapat manfaat daripada program latihan Shell Advance Masterclass.
Program Shell Advance Masterclass kini dalam tahun keempat penganjurannya, merupakan inisiatif pembelajaran dan pensijilan unik yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mekanik motosikal dan pemilik bengkel.
Program Shell Advance Masterclass terdiri daripada siri video dalam talian yang dihasilkan dengan kerjasama Jeff Oh, seorang mekanik pakar MotoGP untuk memberi bimbingan serta berkongsi pengetahuan dan panduan pakar mengenai cara penyenggaraan motosikal yang betul. Modul interaktif tersebut akan disampaikan kepada peserta semasa pasukan Shell Advance membuat kunjungan ke bengkel dan melalui video demonstrasi di laman web Shell Advance Masterclass.
“Mekanik mempunyai peranan yang begitu penting dalam meningkatkan nama Shell Advance sebagai jenama minyak enjin motosikal nombor satu di kalangan penunggang di Malaysia. Kami harap program Shell Advance Masterclass ini dapat membantu memberikan pengiktirafan kepada mekanik tempatan atas kemahiran mereka dan membantu mereka meredah apa jua cabaran untuk membina masa depan yang lebih baik,” kata Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan.
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2018 dan 2019 oleh syarikat penyelidikan pasaran antarabangsa untuk Shell, Shell Advance adalah jenama minyak enjin motosikal pilihan nombor satu di kalangan penunggang di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advance.