Sudah agak lama tidak mendengar aktiviti-aktiviti dari ROSE RIDERS. Kini, presiden kelab iaitu Bro Zass telah melakukan satu kejutan buat pertama kalinya di Bandar Diraja Kuala Kangsar dengan kehadiran 10 buah kelab permotoran seluruh negara dan mencatatkan sebanyak 220 jentera membanjiri bandar tersebut.
Bertempat di Lepak Makan Pg Talang milik pelakon Reza Hasbi telah berlangsungnya Himpunan Ukhuwah Permotoran Kuala Kangsar yang diadakan ada 7 Mei lalu. Program ini turut dihadiri oleh FKR Marketing Fan Club sebagai penaja segmen Cabutan Bertuah yang menyediakan hadiah kepada 30 peserta bertuah.
Para peserta program ini telah bergerak ke Bukit Chanda serta kawasan-kawasan sekitarnya termasuk Istana Iskandariah dan juga Masjid Ubudiah. Seterusnya para peserta bergerak pula menuju ke Akademi Maahad yang terletak di Jeliang serta merta mengunjungi Dataran Amanjaya Manong.
Bagi makluman, program Himpunan Ukhuwah Permotoran ini akan ada kesinambungannya terutama sekali selepas sambutan yang diterima sangat luar biasa. Program seterusnya bakal diadakan pada bulan Oktober nanti. Manakala lokasi yang menjadi destinasi seterusnya pula iala Alor Setar di Kedah!