Sudah banyak motor yang menjadi klon pengeluar motosikal di China dan rasanya, tidak perlu disenaraikan berulang kali. Antara jenama yang sering menjadi mangsa ‘cetak’ semula adalah Kawasaki dari Z1000 sehinggalah Ninja. Lebih menakjubkan, motor-motor ini laku keras di pasaran China.
Terbaharu, Colove atau lebih bergaya dipanggil Kove telah melancarkan sebuah sportbike dua silinder beberapa minggu lalu. Ia dikatakan mempunyai persamaan dengan Yamaha R3. Namun begitu, Colove 321RR ini berbeza sudut spesifikasi dengan apa yang ada pada Yamaha R3.
Menurut laporan yang dikeluarkan Cycleworld, jenama ini akan mula menghantar model dengan enjin parallel-twin 322cc yang menguasakan sehingga 39 hp. Colove menggunakan powerplant yang sama dan ianya didatangkan dengan chasis kerangka trellis sebagai bahagian naked counterpart.
Sekiranya ada sudah biasa dengan kelas 300cc, tentu maklum yang Yamaha R3 turut menggunakan set spesifikasi enjin yang sama. Yamaha dengan enjin parallel-twin 321cc menghasilkan jumlah kuasa yang sama dengan kekurangan satu sentimeter kubik. Bak kata Cycleworld, ia mempunyai susunan komponen yang sama tetapi tidak serupa.
Ia secara tidak langsung meletakan ia sebaris motor para pesaingnya dalam kategori yang sama seperti Honda CB250RR dan juga Yamaha R3. Persoalannya, adakah ia benar-benar sebuah lagi motosikal klon?
Sumber : Rideapart