Mitos sering dikaitkan dengan kepercayaan yang karut dan belum tentu kebenarannya serta mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan seharian khususnya dalam masyarakat kita di Malaysia. Dunia permotoran dua roda juga tidak terkecuali dengan kepercayaan mitos ini. Ada yang tidak masuk akal, lucu dan tidak kurang juga boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya.
Berikut 10 mitos melibatkan motosikal yang mungkin sudah biasa kita dengar
1. Bunyi Paip Ekzos Kuat Selamatkan Nyawa
Kenyataan ini tidak boleh buat anda menang mana-mana pertandingan terutama sekali apabila pihak berkuasa Malaysia melaksanakan penguatkuasaan terhadap modifikasi ekzos dan ia kekal sebagai sebuah mitos.
Secara logiknya, lubang ekzos berada di belakang motosikal dan pemandu kereta di hadapan tidak sedar kehadiran anda. Sekiranya pemandu kereta dapat mendengar, ia bermakna bunyi ekzos anda terlalu kuat. Ia juga pastinya mengganggu ketenteraman awam terutamanya di waktu malam.
Hakikatnya, ia bukan tentang bunyi ekzos yang kuat atau senyap kerana pemandu atau pengguna jalan raya lain tidak sedar kehadiran anda bila-bila mereka hilang tumpuan dan tidak memberikan perhatian sepenuhnya.
2. Jangan Guna Brek Belakang
Pendapat ini satu lagi mitos yang tidak masuk akal khususnya jika ia datang dari penunggang motosikal yang hanya menunggang di atas jalan. Mereka menggunakannya untuk duduk casis ke bawah agar dapat membrek dengan lebih stabil dan mengalirkan beban ke tayar hadapan.
Penggunaan brek belakang dan hadapan mampu mengurangkan jarak membrek dengan banyak. Lagipun, kenapa pengeluar menjual motosikal dengan brek di bahagian belakang kalau ia tidak digunakan?
3. ABS Buat Anda Berhenti Lebih Cepat
Itu bukan sebab utama sistem ABS disertakan pada motosikal. Sebaliknya, sistem ini mengelakkan kedua-dua roda terkunci sekiranya brek ditekan secara maksimum dan ia sering terjadi ketika dalam keadaan panik. Dengan ABS, ia membantu anda mengawal dan mengendalikan motosikal jauh dari ancaman bahaya. Berbeza dengan roda terkunci dan tiada kawalan.
Bertentangan dengan pemikiran ABS membuat motosikal berhenti lebih cepat dan ini seolah-olah memberi gambaran, penunggang menekan brek dan membiarkan bahagian depan motosikal berhadapan bahaya untuk membuatkan motosikal berhenti tepat pada masanya. Salah. ABS boleh membantu anda berhenti lebih cepat kerana ia memberikan tekanan brek maksimum sebelum penguncian. Namun, ia tidak bermaksud ABS dilengkapkan ke atas motosikal untuk berhenti 10, 20, 30 meter lebih cepat.
4. Kawalan Cengkaman Bermaksud Tiada Perlanggaran!
Kawalan cengkaman adalah pendedahan terhadap motosikal moden. Ia membantu sekiranya penunggang motosikal melakukan kesilapan atau terdapat halangan di atas jalan. Namun begitu, ia bukan bermaksud anda boleh melanggar hukum fizik. Sebagai contoh, apabila penunggang memasuki selekoh dengan pantas dan mula menggelincir, kawalan cengkaman akan cuba mengurangkan gelinciran tetapi ia tidak menghentikan motor keluar dari jalan.
Kemahiran asas penunggangan amat penting, tidak kiralah jika motor anda dilengkapi dengan ciri-ciri terkini yang canggih dan mempunyai bantuan penunggangan terbaik. Sama seperti apa yang sering dikatakan; membantu penunggangan bukan menunggang motosikal untuk anda.
5. Kalau Lutut Cecah Jalan, Anda Memang Pantas!
Sebelum itu, ia lebih berkaitan dengan kelajuan ketika tiba di selekoh. Namun begitu, ia juga berkaitan dengan kepantasan penunggang hadapan dan anda cuba merapatinya. Sementara penunggang hadapan dapat menyentuh lututnya atas jalan tetapi anda tidak mampu berbuat demikian. Banyak faktor boleh mempengaruhi keadaan itu terutamanya cara kedudukan badan anda. Jangan terikut-ikut orang lain, tunggang dengan cara yang selesa dengan diri sendiri.
6. Menunggang Lebih 30 Tahun, Tak Perlu Belajar Apa-apa Lagi
Seseorang mungkin baru sahaja pandai menunggang motosikal sejak dua tahun lalu tetapi mendaftar ke sekolah menunggang lanjutan untuk belajar lebih banyak teknik. Manakala ada penunggang yang sudah berpengalaman menunggang lebih 20 atau 30 tahun langsung tidak mengambil tahu atau beri perhatian sekiranya ada mana-mana informasti tentang kemahiran menunggang. Selain itu juga, mempunyai tabiat buruk ketika menunggang. Apa-apa pun, yang penting adalah mempunyai kemahiran menunggang yang betul dan tidak cukup sekadar mempunyai pengalaman bertahun-tahun menunggang motosikal.
7. Tidak Perlu Pakaian Menunggang
Bermacam-macam alasan yang kita dengan dari penunggang yang enggan memakai pakaian menunggang yang lengkap dan akibatnya dapat dilihat menerusi kemalangan. Walaupun berpakaian lengkap tidak dapat menjamin anda selamat sepenuhnya ketika kemalangan tetapi setidak-tidaknya ia memberikan peluang untuk anda pulang lebih selamat.
8. Tayar Lumba Kompaun Tetap Terbaik
Itu benar jika anda menunggang di atas litar tetapi ia tidak bersesuaian untuk digunakan atas jalan raya. Tayar lumba kompaun memerlukan kerja-kerja pemanasan dan pelumba harus memastikan kepanasan itu berkekalan. Sangat tidak mustahil jika menunggang di bandar-bandar sesak terutamanya yang dipenuhi dengan trafik apatah lagi apabila hujan. Bahaya.
Lagipun, tayar sport touring seperti yang ditawarkan Michelin iaitu Power 5 atau Road 5 mampu menandingi prestasi tayar sport dari sudut cengkaman untuk mana-mana keadaan sejak 5 tahun yang lalu. Apa yang lebih menarik? Ia juga tahan lebih lama.
9. Produk Atau Aksesori Perlumbaan Adalah Yang Terbaik
Produk dan aksesori perlumbaan dibuat khusus untuk melengkapi komponen-komponen lain. Bahagian-bahagian besi seperti tapak letak kaki, tangan dan tuas kaki, windshield dan macam-macam lagi yang dibuat lebih ringan. Namun, ia tidak bertahan sekiranya jatuh terhempas atau terlibat dengan kemalangan. Bagaimanapun, hayatnya tidak sepanjang produk biasa. Sebagai contoh, cecair brek perlumbaan lebih bersifat hygroscopic berbanding cecair brek biasa. Akibatnya, cecair brek lumba ini juga rosak dengan lebih cepat. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk perlumbaan untuk motor anda.
10. Sekolah Menunggang Hanya Membazir Masa Dan Duit
Kalau diikutkan, ini perkara pertama dalam senarai. Mendaftar ke sekolah menunggang lanjutan atau mengikuti mana-mana seminar, tidak membuang masa atau duit kerana anda dapat belajar teknik-teknik menunggang yang betul, mengasah kemahiran untuk meningkatkan tahap keyakinan, lebih selamat dan tentunya menyeronokkan. Dengan teknik dan kemahiran ini, selekoh yang digeruni akan menjadi biasa untuk anda kerana tahu cara untuk mengatasinya dengan betul.