Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sahut Seruan Kerajaan Perluas Aktiviti Beriadah, Menunggang Secara Berhemah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-05-23
in BULETIN, UTAMA
0

Baharu sahaja ditubuhkan secara rasminya dengan kelulusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 8 Februari lalu, matlamat utama penubuhan Kelab Sahabat Sejiwa Honda Dash Malaysia ini adalah untuk menghimpunkan para pemilik motosikal Honda Dash di bawah satu bumbung. Selain itu, menjalinkan persahabatan dan menjalankan aktiviti dunia permotoran dunia dua roda khususnya menunggang motosikal bersama-sama.

Dalam masa yang sama, penubuhan kelab ini juga adalah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memperluaskan aktiviti riadah terutamanya kepada rakyat Malaysia yang meminati aktiviti menunggang motosikal. Secara tidak langsung, mengajak masyarakat untuk mengisi masa lapang dengan beriadah dan menunggang motosikal secara berhemah sekali gus mendidik penunggang agar memahami cara penunggangan yang betul.

Setakat hari ini, Kelab Sahabat Sejiwa Honda Dash Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk Ride Ke Taiping, Ride Ke Cameron Highland, Ride Ke Terengganu dan juga Ride Ke Melaka. Walaupun setiap ride yang diadakan tidak sertai oleh ramai ahli, ia tetap memberi kenangan indah kepada yang menyertainya apatah lagi dapat menikmati pemandangan yang indah selain menguji kekuatan sepanjang perjalanan.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, penubuhan kelab ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah dan mengekalkan perpaduan serta keharmonian sesama kelab. Bukan sahaja memberikan keutamaan kepada aktiviti permotoran, kelab ini juga berusaha mendekati masyarakat dengan menganjurkan aktiviti amal termasuk membantu golongan kelainan upaya atau kurang berkemampuan.

Walaupun baharu ditubuhkan secara rasmi, Kelab Sahabat Sejiwa Honda Dash ini sudah berjaya menghimpunkan seramai 180 ahli berdaftar dari seluruh negara. Seramai 18 ahli telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab menguruskan kelas serta menyusun aktiviti yang bakal dijalankan.

Pelbagai kelebihan yang boleh dinikmati sebagai ahli kelab seperti mendapat sijil keahlian, kad keahlian, mendapat diskaun pembelian di kedai-kedai terpilih. Antaranya FT Garage, Homies & Co & FPE Firdaus Profumo Empire serta diskaun penginapan di Hotel Seri Malaysia seluruh negara. Dengan kelebihan-kelebihan yang menarik ini, diharapkan bilangan ahli-ahli akan bertambah ramai lagi selepas ini dari pemilik Dash seluruh negara.

Sekiranya anda pemilik Honda Dash dan berminat untuk menyertai kelab ini, hubungi mereka di;
facebook: https://www.facebook.com/groups/507079190832267/
tiktok: https://www.tiktok.com/@hondadashmalaysia?_t=8cM5SfvVXld&_r=1
Instagram: https://instagram.com/clubdashmalaysia?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

atau hubungi setiausaha kelab di nombor 018 – 216 0635.

Previous Post

Gaya Moden & Retro, Harga RM6,988

Next Post

Bukan Cakap Kosong, CDI Paling Mesra Pengguna Dan Kualiti Dijamin!

Next Post

Bukan Cakap Kosong, CDI Paling Mesra Pengguna Dan Kualiti Dijamin!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved