Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gaya Moden & Retro, Harga RM6,988

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-05-18
in BULETIN, UTAMA
0

MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengambil kesempatan melancarkan model skuter 125cc baharu, iaitu WMoto Gemma 125 bersempena Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung di MAEPS, Serdang baru-baru ini. Skuter WMoto Gemma 125 dilancarkan di hadapan pengunjung Malaysia Autoshow 2023 dengan harga jualan asas bermula RM6,988.00. Ia ditawarkan dengan pilihan warna eksklusif iaitu Refined Grey dan Special Purple.

WMoto Gemma 125 dilengkapi dengan enjin satu silinder empat lejang sejukan udara dengan sesaran 117.3cc, ia dapat menghasilkan kuasa maksimum 8.31Hp pada 7,500rpm, dan tork maksimum 9.3 Nm pada 6,000rpm. Skuter comel ini menggunakan roller rocker 13 diameter yang mengurangkan geseran, membantu mengurangkan kerosakan mekanikal dan memanjangkan hayat lengan ayun dan camshaft.

Untuk paparan panel skrin, WMoto Gemma 125 menggunakan skrin jenis TFT bersaiz 3.5 inci. Data yang dipaparkan adalah lebih jelas dan mudah dibaca. Sebagai standard, port pengecas USB turut disediakan di bahagian kompartmen hadapan yang memudahkan penunggang untuk mengecas peranti elektronik semasa menunggang.

Sistem pencahayaan keseluruhan skuter ini mengunakan LED penuh serta lampu hadapan menggunakan LED gred automotif dengan kecerahan 50K candela. Bentuk lampu hadapan menggunakan reka bentuk berbentuk berlian, menyerlahkan lagi ciri-ciri skuter ini. Reka bentuk lampu belakang menggabungkan elemen gaya retro, mempamerkan gabungan gaya fesyen terkini dan juga retro.

WMoto Gemma 125 dilengkapi dengan Sistem Kunci Pintar atau Passive Keyless Entry (PKE), yang boleh mempunyai fungsi mula automatik iaitu untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan kenderaan. Untuk bahagian simpanan di bawah tempat duduk, ianya boleh memuatkan topi keledar bersaiz 3/4, dengan ruang untuk menyimpan barangan peribadi.

Dengan setiap pembelian WMoto Gemma 125, bakal para pembeli boleh menikmati jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu)

Spesifikasi Teknikal
Jenis Enjin Silinder Tunggal, 4-lejang
Gerek & Lejang (mm) 52.4 x 55.1
Sesaran (cc) 117.3 cc
Sistem Penyejuk Penyejukan Udara
Nisbah Mampatan 9.5:1
Kuasa Maksimum 8.31Hp pada 7,500rpm
Tork Maksimum 9.8Nm pada 6,000rpm
Sistem Transmisi Tali Sawat
Sistem Bahan Api Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI)
Sistem Penghidup Elektrik & Tendang
Tayar Hadapan 100/90-12
Tayar Belakang 110/90-12
Brek Hadapan Cakera
Brek Belakang Gelendong
Berat (kg) 96
Panjang Keseluruhan (mm) 1862
Lebar Keseluruhan (mm) 683
Tinggi Keseluruhan (mm) 1,230

Previous Post

Kini Pada Tag Harga RM59,500

Next Post

Sahut Seruan Kerajaan Perluas Aktiviti Beriadah, Menunggang Secara Berhemah

Next Post

Sahut Seruan Kerajaan Perluas Aktiviti Beriadah, Menunggang Secara Berhemah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved