Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

RS150R V2 Terengganu Ride To Cameron

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-01
in BULETIN, UTAMA
0


Geng Rs150r V2 Terengganu yang juga dikenali sebagai geng spender basah kerana dikatakan 80% hujan di sepanjang perjalanan. Kali ini, ride bermula dari Hentian Rehat Gawi menuju ke Cameron Highlands. Awal-awal lagi, sebahagian para peserta telah berhimpun terlebih dahulu dan menunggu kehadiran rakan-rakan yang datang dari Dungun dan Kemaman. Sementara menunggu, mereka memenuhi masa terluang dengan meminum teh.

Seterusnya, perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Che Mat Sukasokmo selaku rider yang paling berpengalaman dalam group ini. Kemudian tepat jam 9.30 pagi, konvoi bergerak dengan dipimpin oleh Aboh Azahari menuju check point pertama iaitu di Petron Chiku. Para peserta menggunakan jalan Aring sebab nak tengok pemandangan cantik di sepanjang Tasik Kenyir.

Malang tidak berbau. Dalam perjalanan ke Petron Chiku, salah seorang sahabat telah terlibat dalam kemalangan kecil. Mujur tidak tergolek dan alhamdulillah, mangsa yang merupakan seekor kijang yang melompat secara tiba-tiba cuba untuk menyeberangi jalan. Akibat perlanggaran, motor depan Abang Lan berderai tetapi tetap bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak serius. Cuma sakit-sakit badan kereta hentakan kuat pada tangki motor.

Perjalanan diteruskan lagi dari Petron Chiku ke hentian yang seterusnya iaitu di kedai Mamak Kari Special di Gua Musang. Dek kerana kebasahan bermain hujang, masing-masing lapar dan makan tak ingat dunia. Setelah lebih setengah jam berhenti untuk makan tengah hari, perjalanan diteruskan. Checkpoint seterusnya adalah stesen minyak BHP di puncak Lojing. Perjalanan makin mencabar kerana bermula dari Gua Musang, perjalanan adalah mendaki bukit dan permukaan jalan pula tidak cantik. Kalau dah selalu hujan, memang logik jalan tak cantik.

Berbekalkan kecekalan dan semangat yang membuak-buak, bukit yang tinggi, berlopak dan berliku berjaya disusuri. Tepat jam 2.30, para pesertai tiba di puncak Lojing dan terus menuju ke check point yang ditetapkan. Sampai di BHP Lojing, para peserta disambut dengan titisan hujan lebat ditambah pula cuaca sejuk yang menggigit sehingga tulang-temulang. Sempat periksa suhu ketika itu yang mencatatkan 16 darjah celcius. Bukan sahaja sejuk, keadaan berangin membuatkan badan para peserta menggigil. Bak kata orang Terengganu kata ‘ketor gegor’.

Perjalanan diteruskan dari Lojing menuju ke Brincang dengan jarak cuma 20km. Ikutkan logik, 30 minit sudah sampai tetapi jalan yang penuh sesak dengan pengunjung membuatkan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sesak yang luar biasa. Menurut Pok Awang, salah seorang rider senior yang naik Cameron 2 kali sebulan, sebelum ini keadaan tidak teruk begini.

Lebih kurang jam 4.00 petang, para peserta tiba di Brinchang dan singgah ke cafe Peladang yang terletak betul-betul di sebelah bangunan pertanian. Berehat, minum teh sambil mengisi perut dengan makanan ringan sebelum check in di homestay. Pada malam hari pertama ini, aktiviti bebas dan para peserta bebas melakukan aktiviti sendiri.

Hari kedua, para peserta berkumpul di Brinchang dengan grup RS150R V2 Owner Club seramai 35 orang seperti yang sudah dijanjikan terlebih awal. Mereka datang dari merata negeri, ada yang datang dari Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan beberapa negeri lain. Aktivit santai, lepak-lepak dan bergambar sehingga tepat pukul 2.00 petang sebelum masing-masing bersurai.

Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya menuju ke Bentong untuk singgah di Lemang To’ki. Dari Brinchang terus ke Sungai Koyan, Raub dan Bentong. Mula bergerak dari Brinchang sekitar pukul 2.30 petang dan tiba di Bentong sekitar jam 6.00 petang. Sepanjang perjalanan, hujan lebat dan ribut petir. Namun, apabila terbayangkan makan lemang To’ki panas-panas, cicah dengan rendang ayam dan daging sambil hirup teh tarik, hujan ribut diredah juga. Tiada halangan yang tidak boleh dilalui melainkan kehendak Tuhan sahaja.

Lebih kurang 1 jam di Bentong, para peserta beransur meneruskan perjalanan balik ke Terengganu. Hujan lebat sepanjang perjalanan di LPT. Diselang-seli dengan drama motor tidak boleh dihidupkan, ada juga terlanggar kon pembahagi jalan dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua para peserta selamat tiba ke Terengganu. Walaupun ride kali ini agak mencabar tetapi ia tetap menyeronokkan. Pelbagai dugaan dilalui dan menjadi pengajaran buat semua peserta dan pastinya para pembaca juga.

Sebelum menamatkan kisah, penulis mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Geng RS150R V2 TERENGGANU, Geng RS150R V2 OWNER CLUB (OFFICIAL) dan barisan penaja program seperti AD AZIM MOTOR, WARISAN JAYA ART & DESIGN, MR CONSTRUCTION dan MC SIGN. Terima kasih semua. Kita jumpa lagi dalam pengembaraan yang akan datang. Assalamualaikum.

Perkongsian kisah dan gambar dari Nik Shahrul CMP

Previous Post

Jentera Klon BP Yamaha Team Chee Seng

Next Post

Halang Laluan, Motosikal Penghuni Kuaters Pangsapuri Dikunci

Next Post

Halang Laluan, Motosikal Penghuni Kuaters Pangsapuri Dikunci

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved