Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Klon BP Yamaha Team Chee Seng

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-01
in SHOW OFF, UTAMA
0

Modifikasi motosikal bukan sahaja terletak kepada penambahan barangan di motor sahaja, malah skopnya cukup meluas seperti mana yang ditampilkan oleh Mohd Idzwan Suhairry Mizwan yang mengabadikan motosikal miliknya menjadi seperti jentera idola. Meminati arena cub prix tempatan sejak dibangku sekolah rendah lagi, Idzwan anak kelahiran Mentakab, Pahang namun merantau hingga ke Pulau Pinang ketika ini, terbuai dengan kenangan 22 tahun lalu sewaktu menyaksikan perlumbaan itu.

Meminati dua pelumba handalan bagi pasukan BP Yamaha Team Chee Seng, Abdul Halim Zahid (bagi kategori Expert) dan Raja Cub Prix 1998 bagi kategori Novis, Abdul Jabar Che Mat, seterusnya diabadikan dalam motosikal jenis Yamaha SS Two miliknya. Kebetulan, Yamaha miliknya yang sudah berubah wajah ‘lahir’ pada tahun yang sama ketika Abdul Jabar Che Mat diangkat selaku Raja Novis 1998.

Manakala Halim yang terkenal dengan tunggangan agresif dan berani sekadar berada di tempat ketiga pada tahun itu di belakang dua pelumba Team Maju Shell Yamaha, Mohd Faisal Yahya (juara 1998) dan rakan sepasukan Chia Tuck Cheong yang menduduki tempat kedua keseluruhan.

“Memang waktu itu, aura cub prix cukup kuat. Ketika perlumbaan, memang peminat cukup ramai. Panas atau hujan, tidak dihiraukan. Yang pasti peminat, mereka kekal berdiri di sebelah pagar hijau untuk melihat aksi pelumba. Saya pula kebetulan pernah dibawa oleh pakcik saya (Pa Wan Chik) menyaksikan perlumbaan ini.

“Pada waktu itulah saya mengenali team BP Chee Seng yang ketika itu diwakili Halim (Zahid) dan Jabar (Che Mat) seterusnya meminati mereka sehingga ke hari ini,” ujar Idzwan ketika memulakan penceritaan awal mengenai minat terhadap jentera lumba bersaiz kecil ini.

Hanya selepas kembali semula ke Malaysia dari Australia, minat Idzwan terhadap cetusan awal mengenai cub prix diinspirasikan kepada bentuk modfikasi. Motosikal yang dibeli sekitar lima tahun lepas menjadikan hobi dan ketaksubannya terhadap pasukan BP Yamaha Team Chee Seng menjadi nyata.

Tahun 2017 bermulalah projek kecil-kecilan Idzwan untuk memodifikasikan jentera Yamaha milknya. Bermula secara kecil sahaja, Idzwan sekadar menaik taraf beberapa komponen sahaja dan selebihnya adalah sticker dan warna badan yang sama dengan jentera pelumba masa lalu.

“Mujur masa kerja kat luar negara, saya ada menyimpan wang sedikit. Jadi takdelah membebankan sangat. Walaupun harga yang saya ‘korbankan’ tidaklah setanding dengan motosikal modifikasi lain, namun saya puas apabila melihat hasilnya,” ujar penyelia teknikal di Acoustic & Lighting North, Pulau Pinang.

Beberapa komponen baru dimasukkan pada jentera Yamaha SS2 RS seperti GL ekzos, karburator Kips, penyerap hentakan jenis Nob1 dan pemijak kaki kustom TZM. Sementara tayar depan mengguna Corsa R46 sementara di bahagian belakang dipadankan dengan jenis tayar Dunlop KR410.

Manakala cat dilakukan sendiri mewarnai tema pasukan BP Yamaha Team Chee Seng dan sticker yang menghiasi badan jentera ini pula dicetuskan oleh Bluefire Studio. Bagi mendapat kenangan lama terhadap jentera ini, Idzwan turut membeli sehelai baju perlumbaan dan mengekalkan identiti dan corak yang sama seperti pasukan pujaannya.

Menurut Idzwan lagi, kisah jentera klon BP Yamaha Team Chee Seng mengembalikan memoirnya terhadap perlumbaan ketika era 1990an. Banyak kenangan indah yang didapati pada perlumbaan cub prix di era emas ini.

“Disebabkan memori sebegini, saya turut mencari jaket perlumbaan dan mengekalkan corak yang saya mahukan. Biarpun bukan dari jaket pelumba asal, demi minat saya cari jaket lain dan jadikan ia dalam bentuk yang saya mahukan demi memastikan ianya sama dan mampu mengembalikan imbasan kenangan ketika era 90an lepas,” jelas Idzwan yang turut menganggotai kelab motosikal tempatan – Rocko34 Penang.

Nama: Mohd Idzwan Suhairry bin Mizwan
Tarikh Lahir: 12 Disember 1989
Tempat Lahir: Mentakab, Pahang
Kediaman: Taman Tun Sardon, Pulau Pinang
Keluarga : Anak kedua dari 5 beradik
Pekerjaan: Penyelia Teknikal di Acoustic & Lighting North
Status : Berkahwin
Bil. Anak : Dua orang

Butiran Motosikal
Buatan: Yamaha
Model: SS2 RS
Tahun: 1998
Ekzos: GL Ekzos
Carb: Kips
Tayar depan: Corsa R46
Tayar belakang: Dunlop KR410
Absober: Nob1
Footrest: TZM custom
Cat : Sendiri
Sticker: Bluefire Studio
Tema: Team BP Chee Seng
Pasukan: Rocko34 Penang

Previous Post

Kualiti Terbaik, Harga Pun Cantik!

Next Post

RS150R V2 Terengganu Ride To Cameron

Next Post

RS150R V2 Terengganu Ride To Cameron

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved