Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rossi The Doctor Sah Sertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-28
in BULETIN, UTAMA
0

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mengesahkan penyertaannya bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) musim 2021. Pengumuman dinanti-nantikan itu muncul menjelang GP Catalan di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol minggu ini, menyaksikan pelumba yang dikenali dengan jolokan ‘The Doctor’ itu kekal menggunakan jentera Yamaha YZR-M1 untuk tempoh sembilan musim berturut-turut tahun depan.

Pelumba kelahiran Itali itu sudah dianggap pelumba terhebat sepanjang zaman (GOAT) selepas memecah pelbagai rekod dalam kelas perdana sejak 2000, akan bergandingan dengan rakan senegaranya Franco Morbidelli.

Pada usia 41 tahun, Rossi menjadi satu-satunya pelumba yang memenangi saingan 125cc, 250cc, 500cc dan kejuaraan MotoGP menyaksikan dalam saingan kelas perdana sahaja, Rossi memenangi tujuh kejuaraan dunia, 89 perlumbaan, 199 podium, 55 petak utama dan 76 catatan sepusingan terpantas. Sementara itu, prinsipal pasukan Datukl Razlan Razali berkata ia adalah satu penghormatan buat SRT dan pasukan mengalu-alukan pelumba ikonik yang juga dianggap legenda menyertai pasukan itu.

“Pengalaman beliau adalah aset terbaik buat pasukan yang memasuki musim ketiga dalam saingan MotoGP dan kami yakin banyak yang boleh dipelajari daripada beliau. Pada masa sama, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu beliau terus kompetitif sebagai penghargaan atas kepercayaannya kepada pasukan ini.

“Kami berbesar hati dengan peluang ini dan bersedia menyahut cabaran. Kami percaya kombinasi antara Rossi dan Morbidelli mampu menggegar litar dan membantu kami bersaing sebaik mungkin musim depan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sejak membuat penampilan sulung di Qatar pada 2019, SRT berjaya meraih enam kedudukan utama dan tujuh kemenangan, serta memenangi ‘Independent Teams’ Championship’ tahun lepas, sementara pada musim 2020, pasukan berjaya meraih dua petak utama, empat podium dan tiga kejuaraan. — BERNAMA

Previous Post

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 Iron Head Motorcycle Group

Next Post

Kotak Sisi Dengan Kemasan Aluminium

Next Post

Kotak Sisi Dengan Kemasan Aluminium

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved