Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 Iron Head Motorcycle Group

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-28
in BULETIN, UTAMA
0


 
Iron Head Motorcycle Group telah ditubuhkan pada tahun 11 Jun 2016 di bawah naungan pengasasnya Encik Bob dengan hanya 8 orang ahli. Kini, Iron Head Motorcycle Group (IHMG) dianggotai seramai 15 orang ahli. Berlokasi di Chukai, Kemaman, Terengganu, IHMG melebarkan sayapnya di Kuala Lumpur, Dungun (Terengganu) serta bercadang untuk menghimpunkan lebih ramai ahli di beberapa kawasan dan daerah pada setiap tahun. Bilangan ini juga dijangka akan bertambah di waktu terdekat.

Objektif penubuhan IHMG adalah untuk berkongsi minat yang sama di kalangan peminat motosikal tempatan di Malaysia. Dalam masa yang sama, berpegang teguh kepada visi untuk membina platform baru dan sedia ada untuk grup dan kelab motor selain mengukuhkan persaudaraan. IHMG juga aktif menyertai pelbagai program kebajikan, berkongsi serta menyokong grup dan kelab motor di pasaran tempatan.

Di samping itu, IHMG juga menggalakkan grup dan kelab motor menyertai pelbagai program untuk mewujudkan perspektif baru dan positif terhadap aktiviti-aktiviti kelab motor yang diadakan di Malaysia. IHMG turut berusaha untuk mengubah tanggapan negatif komuniti terhadap peminat dunia dua roda. Lebih istimewa lagi, dengan menyertai kelab atau grup permotoran memberikan banyak faedah seperti berkongsi pengetahuan sama ada dari golongan profesional mahupun yang masih bergelar pelajar. Paling penting, mengekalkan imej bersih dan menyertai aktiviti sosial dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Bagi meneruskan kecemerlangan dan memastikan semua perancangan berjalan seperti dijadualkan, satu Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan pada 4 September 2020 yang lalu. Mesyuarat yang diadakan buat kali ke-5 ini berlangsung di IOI Resort & Spa yang terletak di Janda Baik dan dihadiri seramai 15 orang ahli. Aturcara dimulakan dengan kata-kata aluan serta bacaan doa oleh Encik Mat Korn.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari presiden iaitu Encik Megat dan diikuti ucapan dari pengasas IHMG, Encik Bob. Antara perkara yang dibincangkan ketika berlangsungnya mesyuarat ini adalah pembentangan dan pengesahan AGM 2019, pembentangan program dan penglibatan IHMG bagi tahun 2020 yang diikuti dengan pembubaran jawatankuasa 2018-2019 dan perlantikan jawatankuasa 2020-2022.
Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa baharu untuk sesi 2020-2022;

Founder : Mr. Bob
President : Mat Korn
V. President : Anchor
Secretary : Mika
Treasurer : Shee
Sergeant At Arm : Deen
Sergeant At Arm : Nan
Road Captain : You-Sof
Members :
– Azuan
– Megat
– Syed Joe
– Iwan
– Pok Yie
– Aris
Prospect : Jeff

Selain itu, Iron Head Garage (IHG) yang juga beroperasi di Chukai menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti servis, penalaan enjin, membuat secara kustom dan menjual alat-alat ganti motosikal chopper. Bermula hanya sebagai sebuah bengkel kecil pada tahun 2014, IHG berkembang menjadi sebuah organisasi berskala besar berkat kerja keras, dedikasi serta komitmen yang tinggi dari ahlinya.

Previous Post

Guna Wang Tabung Masjid Beli Motosikal, Remaja Dipenjara!

Next Post

Rossi The Doctor Sah Sertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team

Next Post

Rossi The Doctor Sah Sertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved