Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ride Santai Malam Hari, Pecah Rekod!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-07-08
in BULETIN, UTAMA
0

Anda pernah dengar, kalau rancang awal-awal tak jadi? Atau pernah terjadi kepada anda setiap kali merancang dengan kawan-kawan untuk beriadah atau melakukan aktiviti bersama-sama? Ada masanya, keputusan yang spontan itu lebih menjadi dan menyeronokkan kerana dapat memberi macam-macam emosi serta perasaan teruja yang sukar digambarkan!

Spontan dan santai, barangkali dua perkataan ini tepat untuk menggambarkan aktiviti Ride Santai Malam Hari yang kian mendapat sambutan dalam kalangan peminat dua roda khususnya di bahagian Ipoh. Sebelum ini, aktiviti yang sama pernah Roadstar kongsikan dan ketika itu penyertaannya tidak begitu ramai. Berbeza dengan Ride Santai Malam Hari menuju ke Taiping kerana memecahkan rekod dengan penyertaan sebanyak 180 buah motosikal!

Diadakan setiap malam minggu, aktiviti memanaskan motosikal ini selalunya tidak melibatkan ramai peserta kerana ianya dilakukan secara santai. Sesiapa yang ada masa terluang, dialu-alukan untuk menyertainya. Menunggang santai-santai, dibelai angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Waktu inilah dapat menikmati pemandangan yang indah dan menenangkan.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, aktiviti Ride Santai Malam menuju ke Taiping amat mengejutkan kerana berjaya menarik sebanyak 180 buah motosikal. Destinasi pada kali ini ialah hentian Rawat dan Rehat di Semanggol, seterusnya menuju ke Bukit Merah Taiping. Aktiviti kali ini juga, tiada itinerari tertentu. Hanya singgah di untuk makan-makan, bergambar dan menuju jalan pulang ke kediaman masing-masing.

Nampak macam mudah tetapi semangat yang dibawakan oleh setiap peserta yang terlibat, membuatkan anda juga teringin untuk menyertai mereka. Mungkin anda juga ingin menghabiskan malam hujung minggu bersama kawan-kawan yang berkongsi minat sama? Apa kata, mulakan dengan hujung minggu ini ke lokasi yang berhampiran anda. Tidak perlu jauh dan dilakukan secara santai!

Previous Post

2 Ribu Pemilik Skuter Vespa Banjiri Ibu Kota

Next Post

Demi Keselamatan, Perjalanan Disingkatkan

Next Post

Demi Keselamatan, Perjalanan Disingkatkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved