Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

2 Ribu Pemilik Skuter Vespa Banjiri Ibu Kota

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-07-08
in BULETIN, UTAMA
0

Tanggal 29 Jun 2024 di Pangkalan Kuala Lumpur, Sungai Besi, hampir 2 ribu pemilik skuter pelbagai model meraikan ulang tahun ke-78 skuter jenama popular terbabit. Jentera yang diasaskan pada 1948 itu telah berhimpun di Lembah Klang bersempena perhimpunan pemilik jentera itu yang digelar Hari Vespa 2024.

Sememangnya skuter jenama Vespa cukup sebati dan amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia malah, jenama itu telah mengharungi pelbagai inovasi dan reka bentuk sejajar dengan peredaran masa dan teknologi sepanjang 78 tahun pengeluarannya.

Bermula jam 2 petang hingga 11 malam, Hari Vespa 2024 menjanjikan temasya penuh keterujaan dan nostalgia yang bermula dengan Perarakan Vespa membabitkan ribuan pemilik dan penggemar skuter itu. Para peserta Perarakan Vespa berjumlah 2,000 pemilik motosikal Vespa menunggang dari Pangkalan Kuala Lumpur pergi dan balik ke Dataran Merdeka untuk memperagakan kecintaan berterusan mereka terhadap skuter ikonik ini.

“Mereka juga akan mentransformasikan jalan-jalan di bandar raya Kuala Lumpur kepada satu lautan warna-warni Vespa yang bersemangat,” ujar Didi Group, pengedar dan pengimport tunggal kenderaan bermotor termasuk jenama Piaggio, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia.

Di majlis itu, para pengunjung ‘Hari Vespa 2024’ turut menikmati peluang unik menerokai Muzium Vespa yangw menawarkan pameran pertama eksklusif model-model Vespa terkini dan satu koleksi Vespa klasik yang disusun rapi sejak 1950-an.

“Inilah pameran yang menyerlahkan sejarah panjang Vespa dan perjalanannya ke arah inovasi dan reka bentuk masa depan.

“Acara ini turut menampilkan pameran Vespa yang direka khas di mana para pengunjung dapat merasai dan mengagumi pelbagai jenis Vespa yang diperibadikan secara unik oleh pemiliknya sebagai meraikan kreativiti dan perwatakan dalam komuniti Vespa,” ujar salah seorang wakil media yang bertugas pada majlis tersebut.

Merencahkan atmosfera temasyanya, para pengunjung juga menikmati persembahan secara langsung dan menggetarkan oleh artis-artis popular tempatan seperti Gerhana Ska Cinta, Sonaone, Talitha, Bate, The WooHoo, Skudap Skudip, DJ Din Soulfaces dan DJ Re Na.

Sepanjang pesta berlangsung, terdapat pelbagai jenis permainan dan aktiviti disediakan termasuk peluang keemasan untuk para pemilik Vespa memenangi anugerah Vespa Klasik Terbaik dan Vespa Moden Terbaik. Para pengunjung termasuk pemilik skuter yang hadir ke temasya Hari Vespa 2024 turut berpeluang memenangi sebuah Vespa 150cc berjenama baharu sebagai hadiah cabutan bertuah dan barangan lain yang menarik.

“Kami sangat teruja dengan kejayaan Vespa Day 2024. Kehadiran dan keghairahan hadirin adalah luar biasa. Untuk info, sekitar 5,000 pengunjung hadir ke Hari Vespa 2024 dan ia sesuatu yang menggembirakan apabila menyaksikan lautan orang ramai berkumpul untuk meraikan jentera ini,” kata En Goh Kian Sin, Pengarah Urusan, Kumpulan Didi.

Tambahnya, “kami berharap untuk menjadikan Hari Vespa selepas ini sebagai acara tradisi bagi pemilik jentera dari Itali di Malaysia dan meletakkan ia sebagai acara tahunan selepas ini.”

Antara Intipati Hari Vespa 2024:
• Vespa Parade: Konvoi seramai 2,000 pemilik Vespa telah menyusuri laluan di ibu kota Kuala Lumpur. Bermula di The Landing KL dan menuju ke Dataran Merdeka, menghimpunkan penunggang dari pelbagai ceruk tempat samada jentera klasik atau inovasi terkini Vespa.

• Paparan Vespa Vintaj: Pengunjung kagum dengan koleksi Vespa vintaj. Bermula dari model lama iaitu evolusi dari model 1958 kepada model edisi terhad kontemporari. Paparan ini membuktikan daya tarikan terhadap reka bentuk Vespa

• Paparan Vespa Moden: Rangkaian lengkap dari model berkuasa 300cc hingga 125cc turut menjadi tatapan pengunjung. Sorotan istimewa seperti Vespa Sprint & Primavera Baharu bagi tahun 2024 dilihat agak harmoni dengan rekaan gabungan terkini dan peralatan teknologi terkini.
• Hiburan Secara Langsung: Suasana pesta dihangatkan dengan persembahan beberapa kumpulan muzik dan penghibur tempatan, merancakkan lagi kemeriahan pesta Hari Vespa 2024.

• Gerai Makanan dan Minuman: Para hadirin juga menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat terhidang di situ.

Tetamu istimewa:
Acara itu diserikan dengan kehadiran Simone Niccolai, Pengarah Urusan, Piaggio Asia Pasifik dan rakan kongsi dari negara lain yang berkongsi minat mereka tentang skuter ikonik itu. Kehadiran tetamu istimewa menambah mesej yang mendalam Hari Vespa 2024.

Mesra Keluarga:
Hari Vespa 2024 terbukti menjadi percutian berkeluarga dengan pelbagai aktiviti dan hiburan bagi semua peringkat umur. Golongan kanak-kanak menikmati aktiviti seperti pertandingan mewarna, melukis dan permainan interaktif, memastikan senyuman dan ketawa sepanjang masa acara.

Penghormatan kepada Vespa:
Sejak penubuhannya pada tahun 1946, Vespa telah melambangkan gaya Itali, inovasi dan kebebasan. Hari Vespa merupakan penghormatan ikhlas kepada skuter legenda ini dan komuniti bertenaga yang telah diilhamkan olehnya seluruh dunia.

Mengenai Vespa Day:
Hari Vespa didedikasikan untuk meraikan kekayaan warisan dan budaya Vespa itu sendiri. Ia bertujuan bagi menyatukan padukan kalangan peminat dan berkongsi kegembiraan serta semangat yang diilhamkan oleh pemilik-pemilik Vespa sebelum ini.

Previous Post

Penganjuran Kali Kedua, Lebih Besar dan Lebih Meriah

Next Post

Ride Santai Malam Hari, Pecah Rekod!

Next Post

Ride Santai Malam Hari, Pecah Rekod!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved