Setelah lama tidak berhimpun dan melakukan aktiviti khususnya ride bersama rakan dunia motosikal, sebuah program telah dianjurkan oleh Family TXR Ipoh (FTI) dan Panther Perak pada 4 April lalu. Program Ride Santai Ke Lata Kekabu Lenggong di Perak ini dimulakan seawal 9.00 pagi dan berakhir sekitar 3.00 petang pada hari yang sama.
Sebanyak 85 buah motosikal telah berjaya dikumpulkan dan menyertai ride santai kali ini. Selain ride sebagai aktiviti utama, program dimeriahkan lagi dengan jamuan makan tengah hari dan aktiviti mandi sungai di air terjun Lata Kekabu. Selain motosikal Suzuki TXR 150, rakan-rakan dengan motosikal jenama lain turut serta dalam merancakkan lagi penganjuran program ini.
Antara yang terlibat termasuk RXZ, TZM, KIPS, NSR dan beberapa lagi. Walaupun hanya kehadiran rakan-rakan sekitar negeri Perak sahaja ekoran aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan semasa PKPP. Program selesai sekitar 3.00 petang dan diakhiri dengan aktiviti sesi bergambar.