Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Motor Terbaik Era 1940

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-04-14
in BULETIN, UTAMA
0

Jika anda masih ingat lagi, sebelum ini kami pernah berkongsi tentang 5 buah model motor terbaik era 1940. Kebanyakan terhasil dari kesan peperangan yang sekaligus mencatatkan perkembangan pesat dalam industri ini. Beberapa jenama muncul dan berjaya mendapat tempat di hati masyarakat. Mungkin tidak ada apa yang benar-benar menarik sekitar tahun 1940an tetapi sejarah yang dibawakan dalam industri motosikal memang seronok untuk dikongsi.

Berikut, lima lagi motosikal terbaik yang pernah dihasilkan pada era 1940an.

Ducati Cucciolo Moto 1 (1949)
Di penghujung perang dunia kedua, banyak negara mengalami krisis kewangan dengan populasi yang memerlukan penyelesaian mobiliti ekonomi. Di Itali, skuter dan motosikal sangat sesuai untuk tujuan ini tetapi motosikal yang dibina ketika itu sangat mahal. Pada tahun 1946, sebuah syarikat Siata mula menjual enjin clip-on yang boleh dimuatkan dalam basikal biasa membuatkan ramai orang mampu beli.

Pada tahun 1949, Ducati memajukan idea ini dan membantu perkembangan Cucciolo, ia bukan lagi sebuah basikal yang dihimpunkan dari enjin after-market yang dipasangkan pada kerangka. Sebaliknya, ia berkembang menjadi sebuah motosikal yang serius dengan bentuk dan kerangka yang cemerlang. Ducati Cucciolo Moto 1 ini dilengkapi enjin dengan 1.5hp, unit 4 lejang, silinder tunggal 48cc dan kotak gear 2 kelajuan yang membolehkan motor ini mencapai kelajuan 39.7 mph.

Walaupun era 1950an menjadi dekad penting untuk Ducati, era 1940an dan era selepas perang menyaksikan kelahiran Cucciolo dan meletakkan Ducati pada landasan yang mengubah syarikat itu buat selama-lamanya.

Honda Type D
Apa yang terjadi di Itali, turut dirasakan di Jepun khususnya selepas perang dunia kedua. Dalam persekitaran selepas perang itu, muncul sebuah syarikat kecil yang dinamakan sebagai Honda mula mencipta nama. Mungkin mengambil lebih masa untuk Honda mengukir nama di peringkat antarabangsa, namun disebabkan sebuah motor yang mesra pengguna seperti Honda Cub, Dream Type-D telah menjadi motosikal sebenar pertama dari Honda.

Dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat terhad di antara tahun 1949 dan 1951, Honda Type-D awalnya merupakan motosikal domestik Jepun yang kemudian menetapkan standard tersendiri untuk kesemua motor keluaran Honda seterusnya. Dilengkapi dengan silinder tunggal 98cc, enjin 2-lejang yang menghasilkan 3hp dan tork 3.14 lb-ft, disepadankan dengan kotak gear separuh automatik 2-kelajuan.

Walaupun ia menempa kejayaan, pengeluaran Type-D tidak bertahan lama. Di penghujung tahun 1950, Honda telah mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,500 unit Type-D sebelum digantikan dengan Type-E. Bagi makluman, Honda tidak mengeksport motosikal keluarannya sehingga tahun 1952.

Harley-Davidson FL
Walaupun Harley-Davidson EL boleh dikatakan sebagai klasik tetapi FL dirasakan pilihan yang sesuai untuk motosikal terbaik era 1940. Diperkenalkan pada tahun 1941, Harley-Davidson FL memasuki industri dengan kuasa yang lebih rendah berbanding model EL. Dikuasakan oleh enjin V-twin 1,207cc dengan 48 hp dan kelajuan tertinggi 95 mph. Di atas kertas, jelas yang ia perlahan berbanding EL tetapi realitinya ia jauh lebih mengujakan.

Dari segi gaya dan rekabentuk, Harley-Davidson FL mempunyai ciri-ciri yang harus ada pada sebuah motosikal mewah pada zamannya. Dilengkapi dengan seni hias estetik, fork Springer yang elegan dan rekaan standard tinggi yang dilesenkan kepada Brough Superior— dan juga instrumen unggul. Kemewahan yang didatangkan pada motor ini tidak datang pada harga yang murah dan ia pernah menjadi motosikal paling mahal dalam koleksi Harley.

Memandangkan gaya serba mewah, ia tida terpilih untuk kegunaan ketenteraan seperti mana-mana motosikal ketika itu. Di antara tahun 1941 dan 1948, sebanyak 14,954 unit model Harley-Davidson FL telah dihasilkan. Namun pada tahun 1948, ianya digantikan dengan model Panhead yang mana lenyap tidak lama selepas itu. Nama FL masih lagi wujud sehingga sekarang dalam bentuk Harley-Davidson Road King moden.

Harley-Davidson WLA
Varian militari Harley-Davidson WLA dikeluarkan pada tahun 1939 dan menjadi salah sebuah motor perang yang sangat dikenali sepanjang zaman. Ia mempunyai ciri-ciri biasa yang terdapat pada mana-mana motosikal militari. Dikenali sebagai “Liberator”, motor Harley-Davidson WLA ini menampilkan ciri-ciri yang ada pada jentera perang dua-roda, dikuasakan oleh enjin V-twin 739cc dengan 23hp, ia mempunyai kotak gear 3-kelajuan dan terdapat banyak aksesori tambahan lain seperti tempat letak senjata, tempat letak peluru dan banyak lagi. Motor ini dikeluarkan di antara tahun 1939 dan 1944. Dalam masa yang singkat, sebanyak 80,000 unit berjaya dihasilkan.

Selepas pasca peperangan, ia menjadi model yang terbuka kepada kegunaan umum sekaligus mendorong perkembangan budaya kustom chopper dan bobber di Amerika Syarikat.

Indian 841
Bagi makluman anda, Harley-Davidson bukan satu-satunya jenama Amerika yang menghasilkan motor-motor menakjubkan sepanjang era 1940an. Pesaing terdekatnya, Indian turut menghasilkan beberapa motosikal terbaik sepanjang dekat tersebut. Sebenarnya, Indian menghasilkan banyak motosikal yang layak memasuki senarai ini hanya satu yang boleh disenaraikan iaitu Indian 841.

Direka untuk menyaingi BMW R71, Indian meminjam banyak idea rekaan dari BMW sendiri. Memandangkan Indian menyasarkan persekitaran gurun, Indian memilih 24 hp, enjin V-twin 744cc dengan kedudukan untuk memberikan penyejukan maksima kepada enjin. Terdapat beberapa ciri menyerupai BMW R71 termasuk enclosed shaft-drive dan suspensi depan dan belakang untuk pengendalian yang dikemaskini.

Hanya beberapa sahaja model yang diekluarkan dan dalam pengeluarannya yang singkat pada awal tahun 1940an, sebanyak 1056 unit dikeluarkan. Motor ini dibawa untuk kegunaan peperangan di Afrika. Selepas melihat kegunaan militari yang terhad, ia kemudiannya dijual kepada umum.

Sumber : Webbike.com

Previous Post

Sindiket Curi Kenderaan; 20 Kenderaan Dicuri Setiap Hari Pada Tahun 2020

Next Post

Ride Santai Ke Lata Kekabu Lenggong Perak

Next Post

Ride Santai Ke Lata Kekabu Lenggong Perak

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved