Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ride Riadah Portbike Motorsport

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in BULETIN, UTAMA
0

PortBike Motorsport dikenali di kalangan para pemilik motosikal Yamaha Y150cc sejak Februari 2018. Pengasasnya, En. Mohd Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Zan yang juga pengarah dan pengusaha PortBike Cafe @ pitstop Route 1 di Bandar Darulaman, Jitra Kedah. Ahli-ahli PortBike Motorsport kebanyakannya adalah pemilik motosikal Yamaha Y150cc. Pada tahun lepas, untuk pertama kalinya Zan dan rakan bikers telah menganjurkan program untuk rakan-rakan motosikal dari 250cc ke bawah di Dataran Darulaman, Jitra Kedah iaitu acara Mat Moto. Mereka berjaya mengumpulkan lebih dari 2,000 pengunjung dan berbagai jenama motosikal hadir termasuk Yamaha 150cc. Pemilik-pemilik Yamaha 150cc, ada yang datang dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis hadir pada perhimpunan Mat Moto dan dari situ tercetusnya idea kelab PortBike Motorsport.

Sempena penganjuran Kedah International Bike Week pada 22 Mac lalu, PortBike Motorsport menganjurkan Ride Riadah Alor Star dan Perlis. Selepas solat Jumaat, lebih kurang jam 3.00 petang, para peserta berkumpul di PortBike. Tempat pertama yang dituju ialah Kedah International Bike Week. Mereka berkesempatan berjumpa rakan-rakan dan kenalan baru dalam industri permotoran, mengeratkan hubungan brotherhood dalam industri permotoran. Lebih kurang jam 5.00 petang, para peserta menuju ke Kampung Besar, Padang Hang, Alor Setar tidak jauh dari tapak KIBW iaitu lebih kurang 20km di mana berlangsungnya acara Pesta Wau Kebangsaan di kawasan Bendang, berhampiran Banglo Mat Hj Limah, Kampung Besar di Padang Hang.

Menurut Pengerusi program Pesta Wau Kebangsaan, En Mohd Fakhri Ahmad berkata, ini kali pertama beliau menganjurkan Pesta Wau di Kampung Besar., Padang Hang. Beliau juga seorang biker yang sudah lama menceburkan diri dalam industri permotoran. Jika diizinkan Allah, beliau bercadang untuk menganjurkan Pesta Wau Antarabangsa di kampungnya tahun hadapan (2020). Selesai program singgah di tapak Pesta Wau Kebangsaan di Padang Hang, PortBike Motorsport bergerak menuju ke negeri Kampung Padang Keria Perlis Indra Kayangan.

Perjalanan lebih kurang 45 minit dalam 35km menuju Kampung Padang Keria, di mana satu lagi acara permotoran iaitu Pesta Raida Padang Keria yang dianjurkan sendiri oleh En Ghani Arafatz, pengasas dan pengurus program. Beliau ialah Editor majalah Kapcai. Ini adalah tahun ke-3 program Pesta Raida Padang Keria 2019 diadakan di sini. Tahun ini, acara agak menarik berbanding dua tahun lalu. Pada 22 Mac, pendaftaran dibuka untuk acara sprint cross rhythm dan cup cross endurance. Pada sebelah pagi, orang kampung bergotong-royong menyediakan juadah untuk makan tengah hari dengan lauk hidangan paling istimewa gulai daging batang pisang.

Acara dimulakan dengan sprint cross rhythm yang disertai seramai 23 rider. Pada sebelah petang, cup cross endurance diadakan yang disertai seramai 21 rider dan berlangsung dalam kawasan bendang. Pada 24 Mac, tidak ketinggalan ialah acara sukan rakyat diadakan bagi meraikan penduduk kampung yang sama-sama menjayakan program Pesta Raida Padang Keria yang selesai lebih kurang jam 6.00 petang. Menurut En. Ghani, mereka akan menambah beberapa acara lagi untuk Pesta Raida Padang Keria pada tahun hadapan.

Selepas ride riadah dari Alor Setar ke Perlis kata En Mohd Shahrizal @ Zan selaku pengasas kelab PortBike Motorsport. Beliau bersama rakan AJK Kelab PortBike Motorsport dalam perancangan untuk menganjurkan perhimpunan Yamaha Y150cc yang pertama di PortBike Café, di Darulaman Jitra, Kedah pada bulan Ogos 2019 nanti. Mereka akan memberi maklum menerusi laman sosial dalam masa terdekat mengenai tarikh perhimpunan Yamaha Y150cc diadakan.

Disediakan oleh : ~kNor~

Previous Post

Z250 ABS, Terbaharu dari Kawasaki kini di Malaysia

Next Post

Arkib : Dr.Syah Stunt Crew

Next Post

Arkib : Dr.Syah Stunt Crew

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved