Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Dr.Syah Stunt Crew

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dipelopori oleh 4 orang anak muda bercita-cita tinggi, team Dr Syah Stunt Crew ini tertubuh hasil perkongsian minat beberapa individu dalam bidang sukan lasak motosikal. Apa yang bermula sebagai hobi waktu petang di kawasan lapang menjadi lebih serius bilamana mereka mula mengambil bahagian dalam beberapa persembahan dan pameran motosikal tempatan.

Team Dr.Syah Stunt Crew terdiri daripada 4 orang teraju utama, iaitu :
1) Syah Putera ( Dr.Syah a.k.a stunter)
2) Ilia Iryani ( Stuntgirl )
3) Ajim ( Stuntman)
4) Aiman Firdaus ( Stuntman a.k.a photographer)

Nama team ‘Dr.Syah’ ini diilhamkan daripada nama mekanik team ini, iaitu Shalihan Shamsuddin yang bertanggungjawab menyelenggara setiap motosikal kumpulan ini sejak sebelum kumpulan ini ditubuhkan.

Asal usul penubuhan kumpulan ini adalah atas dasar minat stunt permotoran yang sama dan perlahan-lahan mereka mula bergiat membuat persembahan stunt di beberapa acara permotoran “Bike Week” dan pelancaran kedai seperti Kedah Bike Week, SBK Event, Tabuan Motorsport Launching dan lain-lain.

Team Dr.Syah ini bergiat aktif dalam bidang stunt bermula tahun 2014 secara sambilan memandangkan setiap ahli mempunyai kerjaya sendiri selain daripada bermain stunt. Namun begitu, mereka kerap berlatih setiap minggu demi memperbaiki mutu kemahiran untuk persembahan stunt yang akan datang. Kawasan latihan berpusat di kawasan perindustrian yang terletak di daerah Serdang, Selangor.

1. Ilia Iryani

Penglibatan Ilia dalam bidang stunt bermula pada tahun 2008 di mana beliau bermula dengan motor kapcai di bawah bimbingan tenaga mahir dan stunter profesional daripada syarikat RK-M yang terletak di Seberang Perai, Penang. Sejak itu, Ilia bersama team stunt RK-M yang lain iaitu, Arlip dan Udin membuat beberapa pertunjukan sekitar tahun 2008-2011. Sungguhpun begitu, Ilia tidak begitu aktif dalam aktiviti pertunjukan stunt memandangkan komitmen beliau yang masih belajar di USM pada ketika itu.

Menjelang akhir tahun 2012, beliau mula bergiat aktif semula secara solo dan freelance dalam bidang stunt menggunakan motosikal sendiri iaitu Kawasaki KLX 150. Ketika itu, persembahan stunt Ilia sering bersama stunter goldwing, Tun Shahir yang juga bergerak secara solo dalam bidang stunt ini.

Pada April 2013, Ilia mengenali Shalihan Shamsuddin (Dr.Syah) yang kemudiannya menjadi mekanik rasmi untuk motosikal Ilia sehingga membuat keputusan sebulat suara untuk menubuhkan kumpulan Dr.Syah Stunt Crew bersama Ajim & Jambu.

2. Syah Putra

Penglibatan Syah Putra dalam bidang stunt bermula sejak zaman remaja lagi di mana beliau merupakan seorang ‘mat rempit’ yang sudah sinonim dengan stunt wheelie. Syah Putra merupakan seorang rider yang serba mahir dalam bidang mekanik dan modifikasi motosikal. Dalam bidang permotoran, beliau adalah seorang yang sangat kental, berani dan suka mencuba perkara yang baru serta berpengalaman dalam sukan permotoran ‘sprint test’ menggunakan jentera RX-Z sendiri pada tahun 2010.

Sejak menjadi mekanik untuk motosikal Ilia, Syah Putra mula beralih arah ke arah bidang sukan permotoran stunt dan mudah mempelajari kemahiran stunt yang berbeza seperti stoppie, donut, drift dan lain-lain menggunakan motosikal miliknya iaitu Skuter Suzuki VS 125.

Penglibatan Syah Putra sebagai Dr.Syah dalam kumpulan stunt ini sedikit sebanyak telah memberikan sumber kewangan kedua setiap kali Ilia dan kumpulan ini mendapat jemputan untuk melakukan pertunjukan stunt di beberapa lokasi seluruh Malaysia. Dalam kumpulan Dr.Syah ini, Syah Putra berperanan sebagai mekanik, stunter, sifu dan kawan yang tidak penah lokek berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang stunt.

Kini, rumah Syah Putra dijadikan tempat untuk ahli dalam kumpulan Dr.Syah berkumpul bagi aktiviti membaiki motosikal dan tempat perjumpaaan untuk setiap perbincangan stunt dan sesi latihan.

3. Ajim

Penglibatan Ajim dalam bidang sukan permotoran bermula apabila beliau mengenali Syah Putra pada tahun 2013. Ketika itu, Ajim yang menggunakan motosikal Kawasaki KLX 150 sedang berjinak-jinak dalam bidang offroad. Namun, penglibatan Ajim dalam bidang stunt bermula pada awal tahun 2014 apabila beliau menyambung pelajaran di Bangi.

Walaupun masih baru dalam bidang stunt, Ajim adalah seorang yang sangat rajin dan cepat mempelajari skil stunt walaupun terpaksa berkorban banyak duit dan tenaga. Pembabitan Ajim dalam bidang stunt berjalan dengan lancar apabila mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Kini, Ajim merupakan salah seorang stunner utama yang turut serta dalam persembahan stunt Ilia dan Kumpulan Dr.Syah di samping perperanan sebagai “co-pilot & driver” untuk setiap perjalanan stunt show di beberapa lokasi di Malaysia.

4. Aiman Firdaus (Jambu)

Penglibatan Jambu dalam bidang sukan permotoran bermula apabila beliau mengenali Syah Putra pada tahun 2013. Seperti Ajim, Jambu yang menunggang motosikal Kawasaki KLX 150 juga sedang berjinak-jinak dalam bidang offroad ketika itu. Namun, penglibatan Jambu dalam bidang stunt bermula pada awal tahun 2014 apabila beliau turut menyertai kumpulan Dr.Syah Stunt Crew.

Pada awal pembabitan dalam bidang stunt, Jambu lebih berperanan sebagai seorang jurugambar dan videographer untuk Kumpulan Dr.Syah Stunt Crew bagi setiap stunt show dan sesi latihan. Setelah melihat perkembangan ahli-ahli kumpulan ini dalam mempelajari skil-skil stunt, secara tidak langsung Jambu turut mempelajari beberapa skil asas stunt dan kini beliau telah mahir melakukan skil stunt seperti sliding, donut, stoppie dan gymkhana.

Jambu adalah seorang yang sangat teliti dalam penjagaan motosikalnya walaupun kadang kala terjatuh dalam sesi latihan stunt. Pembabitan Jambu dalam bidang stunt sedikit sebanyak turut memberikan sedikit imbuhan dalam setiap kali stunt show di mana beliau berperanan sebagai jurugambar bagi kumpulan Dr.Syah Stunt Crew ini.

Previous Post

Ride Riadah Portbike Motorsport

Next Post

Kawasaki KLE500cc Ride Santai Gathering 2019

Next Post

Kawasaki KLE500cc Ride Santai Gathering 2019

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved