Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rentak Perlumbaan Begitu Rapi Dan Defensif, Sukar Digugat!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-11-08
in BULETIN, UTAMA
0

Litar Tangkak sepanjang 1.025km menjadi milik Ahmad Afif Amran minggu ini apabila pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing tersebut berjaya merakam kemenangan berganda dalam kategori CP150 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship.

Sehari selepas kemenangan pertamanya musim ini dalam persaingan Pusingan 7, Afif meneruskan persembahan yang menakjubkan apabila berjaya merakam kemenangan kedua musim ini. Perlumbaan bermula dengan dua pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Akid Aziz and Mohd Muzakkir Mohamed meluru ke holeshot. Akid yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, mendahului perlumbaan selama empat lap tetapi dipintas oleh Afif pada lap kelima.

Rentak perlumbaan Afif yang begitu rapi dan defensif menyukarkan usaha Akid untuk merampas kembali posisi pertama perlumbaan. Kelajuan motosikal pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing membolehkan Afif merakam lap rekod baharu di Litar Tangkak pada lap ke-19, iaitu catatan masa 43.551 saat. Catatan masa ini memadamkan rekod lama yang juga dipegang oleh Afif, iaitu catatan masa 43.595s.

Kemenangan kedua musim 2021 Afif dicatat dengan catatan masa 14’42.762s. Mohd Akid Aziz pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 14’44.040s. Rakan sepasukan Afif, Mohd Aiman Tahiruddin, turut menceriakan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing apabila melepasi garisan penamat di tempat ketiga dengan catatan masa 14’52.908s.

“Pasukan kami telah bertungkus-lumus selama dua minggu membuat persiapan untuk menghadapi pusingan ini. Kami amat bersyukur bahawa kerja keras kami kini telah membuahkan hasil,” kata Afif.

Dengan dua kemenangan Afif dari persaingan Pusingan 7 dan 8 di Litar Tangkak, saingan untuk bergelar Juara CP150 musim 2021 semakin rancak. Hanya empat mata kejuaraan memisahkan Afif di tangga kedua dengan Azroy yang mendahului dengan 125 mata.

Dalam kategori CP125, Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team turut meraikan kemenangan berganda apabila menjuarai perlumbaan Pusingan 8 dengan catatan masa 11’41.155s. Tempat kedua dimenangi pendahulu kejuaraan, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team manakala Mohd Firdaus Hamdan menghadiahkan podium ketiga kepada pasukan Moto1Koyoko Honda KC Racing Team.

Dalam kategori Wira pula, Mohd Irfan Haykal Amidi dari pasukan Moto1 Koyoko Honda KC Racing menamatkan persainngan Pusingan 7 dan 8 dengan nada yang positif. Pelumba cilik Honda tersebut selesa menjuarai perlumbaan Pusingan 8 dengan catatan masa 9’26.923s.

Pusingan 9 dan 10 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2021 akan berlangsung di Litar Selatan Sepang dari 17 hingga 19hb Disember.

CP150 : Keputusan Pusingan 8
1. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 14’42.762s
2. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 14’44.040s
3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 14’52.908s

CP150 : Keputusan Keseluruhan
1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 125 pts
2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 121 pts
3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 106 pts

CP125 : Keputusan Pusingan 8
1. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’41.155s
2. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’42.288s
3. Mohd Firdaus Mohd Hamdan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing), 11’42.730s

CP125 : Keputusan Keseluruhan
1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 150 pts
2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 118 pts
3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 109 pts

WIRA KBS : Keputusan Pusingan 8
1. Mohd Irfan Haykhal Amidi (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 9’26.923s
2. Mohd Adam Haikal Jahar (Yamaha, Wiramuda V-Fiertech Academy Racing), 9’28.925s
3. Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 9’32.949s

WIRA KBS : Keputusan Keseluruhan
1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 113 pts
2. Danial Johan (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 104 pts
3. Mohd Irfan Haykhal Amidi (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 100 pts

Previous Post

Meraikan Ulangtahun Ke-60, Kaliper Untuk Generasi Baharu Diilhamkan Dari Sejarah Lampau!

Next Post

Kemenangan Berganda, Kuasai Podium WIRA KBS Dan Berjaya Mendapat Tempat Untuk CP125!

Next Post

Kemenangan Berganda, Kuasai Podium WIRA KBS Dan Berjaya Mendapat Tempat Untuk CP125!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved