Edisi Merdeka RK-M tawar Proton Saga, Y15ZR, Z15GT & Wave Alpha 110 untuk dimenangi. Barangan Edisi Merdeka hanya ditawarkan pada bulan kemerdekaan atau lebih tepat lagi bermula 1 Ogos setiap tahun. Apa yang menarik apabila anda terjumpa Edisi Merdeka ini?
Ada beberapa keistimewaan yang terdapat pada edisi setiap kali anda berbelanja. Antara yang menarik kerana ia menawarkan penjimatan hebat, pelbagai pilihan produk bertema patriotik dan kemudahan pembelian dalam satu set lengkap untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Berbeza yang ditawarkan oleh pembuat rantai terkenal tempatan, RK-M. Ia bukan sahaja menawarkan penjimatan namun merangkumi pelbagai barangan lain dalam satu pakej dan paling menarik, set Edisi Merdeka RK-M tawar ganjaran lebih lumayan.
Pakej rantai RK-M Edisi Merdeka 2026 membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memenangi hadiah berupa sebuah Proton Saga, Yamaha Y15ZR, Modenas Z15GT dan Honda Wave Alpha 110 dengan setiap pembelian set rantai RK-M Edisi Merdeka 2026.
Apa yang ditawarkan oleh RK-M dalam pakej Edisi Merdeka kali ini?
Pakej Edisi Merdeka RK-M menawarkan set rantai 428 OL dengan kombinasi warna emas dan ungu sementara sproket belakang berwarna emas pula menampilkan corak bunga raya yang menampilkan imej bunga kebangsaan.

Turut disertakan dalam kotak Istimewa Edisi Merdeka RK-M itu, rantai kunci eksklusif, stiker holografik dan sarung leher dan sarung tangan eksklusif.
Bagaimana cara menyertai Beli& Menang Edisi Merdeka RK-M?
Caranya cukup mudah. Hanya membeli pakej set rantai eksklusif RK-M Edisi Merdeka dan di dalamnya terdapat sekeping kad yang menunjukkan langkah untuk menyertai peraduan itu.
Langkah 1 ialah Gores dan Imbas Kod QR. Langkah ke-2, lengkapkan penyertaan dengan pengisian maklumat peribadi. Langkah ke-3, simpan kad terbabit sehingga Tarikh cabutan pada 10 Oktober depan. Langkah ke-4, ikuti halaman Facebook RK-M Malaysia dan undian bagi cabutan akan bersiaran langsung pada halaman dan tarikh tersebut.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set rantai eksklusif RK-M Edisi Merdeka, ia ditawarkan pada harga promosi RM169 dan anda hanya perlu melayari laman web GoMoto atau gedung Gomoto Xperience Lab Pulau Pinang.
Opss…nanti dulu! Tawaran istimewa dan peraduan ini sah bermula dari 1 Julai sehingga 30 September ini dan ia terhad kepada 10,000 unit sahaja (sementara stok masih ada) khusus sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini.














