Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

RANCANGAN REALITI MOTOSIKAL PULSAR DAREVENTURE MALAYSIA UMUM PEMENANG

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in BULETIN, UTAMA
0

Kuala Lumpur, 25 April 2019 – Rancangan realiti motosikal yang pertama di Malaysia, Pulsar Dareventure yang dibawakan oleh MODENAS telah sampai ke penghujung dengan pengumuman juaranya yang bergelar Pulsar Dareventurer Malaysia. Selepas Nepal, Sri Lanka dan Peru, ini merupakan edisi pertama acara ini dianjurkan di Asia Tenggara. Rancangan realiti ini telah memaparkan persaingan antara penunggang-penunggang motosikal tempatan bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM5,000 beserta sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200.

Di penghujungnya, Leong Choon Yip, peserta yang berasal dari Puchong, Selangor telah dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Tempat kedua jatuh kepada Paavigness Rao A/L Chandarh Roo dari Jempol, Negeri Sembilan dan Nik Norparhana Yasmin Binti Nik Wel dari Kepala Batas, Pulau Pinang ditempat ketiga. Kedua-dua mereka turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan RM1,500 atas hasil usaha mereka.

Ketiga-tiga pemenang ini melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menjadi sebahagian daripada acara menarik ini.

“Berpeluang menjadi sebahagian dari Pulsar Dareventurer pertama di Asia Tenggara sudahpun satu pengalaman yang cukup mengagumkan, tetapi untuk benar-benar memenanginya adalah sesuatu yang saya tidak pernah impikan! Pengembaraan ini amat menyeronokkan dan memuaskan, dan menerusinya saya juga telah dapat menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan baharu yang mempunyai minat yang sama,” ujar Leong.

Sepanjang 8 episod sesi pengambaran pertandingan ini, para peserta berpeluang mengembara ke destinasi-destinasi dengan panorama yang menakjubkan, membuatkan pengalaman ini lebih istimewa lagi. Peserta-peserta telah bersaing hebat di dalam pelbagai cabaran yang merentasi beberapa buah negeri, menunggang motosikal Modenas Pulsar NS200 menerusi pelbagai pengembaraan dari Selangor melalui negeri Perak, Pahang dan ke Putrajaya.

Mereka telah mengembara ke tempat-tempat dengan laluan yang mencabar seperti Speedway PLUS Circuit di Subang Jaya, Bukit Pasir di Rawang, SWAT Paintball di Janda Baik Pahang, Tanjung Tualang Tin Dredge di Batu Gajah. Kellie’s Castle, Hoga Gaharu Tea Valley di Gopeng, dan Putrajaya Challenge Park. Episod di Hoga Gaharu Tea Valley khususnya memberi mereka peluang untuk menguji kemahiran menunggang motosikal mereka diluar zon keselesaan masing-masing.

Salah satu faktor yang menjadi keunikan pertandingan ini adalah cabaran-cabaran yang berlainan bagi setiap episod seperti bermain ‘paintball’ sambil menunggang motosikal, kuiz sejarah dan bekerjasama dalam kumpulan dengan peserta-peserta lain. Kesemua cabaran-cabaran ini bukan sahaja menguji kemahiran menunggang peserta, malahan turut menguji kemampuan dalam merancang strategi, ketahanan fizikal serta kebolehan berpasukan mereka. Ia memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk para peserta dan juga para penonton

Setiap episod dalam pertandingan ini, bermula dari pemilihan peserta, penyingkiran mingguan dan pengumuman juara telah disiarkan di saluran YouTube MODENAS Malaysia bermula pada bulan Februari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata bahawa program ini berjaya mencapai sasaran dalam mempamerkan keupayaan motosikal.

“Kami amat gembira dan bangga dapat menjayakan rancangan realiti Pulsar Dareventure ini. Rancangan ini telah menjadi satu platform untuk mempamerkan fleksibiliti, ketahanan dan kekuatan Modenas Pulsar NS200 dan pada masa yang sama, ia dapat mendekati peminat-peminat motosikal di Malaysia melalui aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.” ujar Roslan.

“Modenas Pulsar NS200 adalah motosikal yang terbaik dalam kelasnya, di mana kemampuannya adalah lambang kepada semangat penunggang yang dahagakan cabaran. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Bajaj Auto Limited dalam membawakan sesuatu yang baharu dan menarik untuk Malaysia dan peminat-peminat motosikal di Malaysia khususnya”, tambah beliau.

Roslan berharap Pulsar Dareventure akan merubah dan meningkatkan budaya menunggang motosikal di Malaysia, dengan adanya rancangan realiti seperti ini, peminat motosikal di negara ini dapat mencari platform untuk meningkatkan kemahiran menunggang mereka.

Anurag Sharma, Pengurus Jualan Nasional Bajaj Auto Limited menjelaskan bagaimana Pulsar Dareventure wujud.

“Idea untuk Pulsar Dareventure lahir secara tidak sengaja menerusi perbincangan di bilik pameran Bajaj. Ia merupakan satu langkah berani dalam membawa keseronokan serta memberi kami peluang untuk mempamerkan kemampuan motosikal tersebut. Bagi kami, Pulsar Dareventure lebih dari sekadar menunggang motosikal. Ianya telah dicipta khas untuk mereka yang gemarkan cabaran untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran dan keyakinan mereka, dan pada masa yang sama mendalami semangat menunggang yang sejati” kata Anuraj

“Kami amat gembira bekerjasama dengan MODENAS di Malaysia dalam membawa Pulsar Dareventure ke Asia Tenggara. Sambutan dan sokongan menggalakan yang diterima untuk rancangan ini turut membakar semangat kami untuk menampilkan lebih banyak aktiviti-aktiviti menarik di Malaysia pada masa akan datang,” tambah beliau.

Previous Post

Kawasaki baharu telah tiba di pasaran Malaysia

Next Post

Mini Gathering RS 150R

Next Post

Mini Gathering RS 150R

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved