Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Racun Jadi Inspirasi

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-03-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tagline yang sering digunakan oleh pemilik motosikal hari ini, ‘Racun Itu Benar’ sememangnya ada kewajarannya. Malah hingga kini, ‘racun-racun’ yang sering ditaburkan rakan-rakan bermotor sering kali menggugat bukan sahaja ‘keimanan’ malah keupayaan poket seluar pemilik motosikal itu sendiri.

Sejujurnya, bukan semua perkara sebegitu bersifat negatif, sebaliknya jika diikutkan, ianya mampu menambah baik dan menyegarkan jentera pemilik itu sendiri. Sepertimana cerita awal yang dilalui oleh Muhammad Hafiz Hamzi Khairol Anuar yang juga turut tidak terkecuali diracuni oleh rakan-rakan ketika peringkat awal memiliki motosikal.

Menyentuh mengenai Yamaha X1R miliknya itu, segalanya bermula apabila dia sekadar mengintai jentera baharu milik jirannya. Tidak dinafikan, jentera Yamaha LC135 antara motosikal yang menjadi dambaan kepada remaja sedikit masa dulu.

Atas minat dan keterujaan terhadap keunikan dan ketrampilan jentera LC, Hafiz tekad untuk mengumpul duit menerusi kerja sampingan yang dilakukan sebaik menamatkan waktu persekolahan.

“Masa itu, saya tolong perniagaan orang tua yang membuka perniagaan Café Internet di Mergong. Lima ke enam bulan juga saya mengikat perut untuk mendapatkan motor ni,”

“Saya beli dengan tunai, sebab tak nak berhutang, malah masa tu saya masih bersekolah lagi. Malah bagi saya, jentera LC 135ES yang dibeli atas keringat peluh sendiri pada tahun 2009 mempunyai nilai yang cukup signifikan,” ujar Hafiz atau dikenali dengan sapaan Bunkfiz ketika mengimbau kembali detik awal mengenai minat terhadap motosikal.

Model Yamaha LC 135 edisi 2009 yang pada awalnya mahu dijadikan sebagai jentera asas sahaja, bagaimana pun mula bertukar wajah. Hanya sempat setahun, kehadiran idea dari rakan kelab seperti Yamaha Kedah LC Crew dan Kedah LC Crew, Bunkfiz mula mengubahsuai sedikit demi sedikit perubahan yang dilakukan terhadap jenteranya.

Seperti mana jentera modifikasi lain, Bunkfiz bermula dengan perubahan di bahagian luaran sahaja. Dari coverset dengan talaan airbrush, rim sukan, ekzos dengan bunyi yang agak garang sehinggalah kepada aksesori yang kecil.

Diberi nama Yamaha X1R, Bunkfiz menjelaskan bahawa gelaran terhadap jenteranya di ambil apabila dia mengenakan sepersalinan coverset model Yamaha XR1 pada tahun 2013 sehingga ke hari ini.

Selepas itu, Bunfiz mula menyentuh bahagian enjin seperti penggunaan CMS head 19/22 cuting uma port, blok bersaiz 68mm, spring valve jenis CMS Racing, carb uma bersaiz 34mm, intake superhead, HighCam model CMS, bearing C3, fibre, rod jenama SCK, clutch jenis perlumbaan, hyperclutch cdi model BRT dan penggunaan kustom quickshifter.

Selain itu, Yamaha X1R ini turut dikenakan beberapa komponen berjenama seperti bracket masterpump Racing Boy, spoket bersaiz 34, coverset separuh dengan bersalut CF.

Bunkfiz juga turut menggunakan rantai 415 jenama RKM Gold, monoshock dari KYB, tongkat sisi RXZ Kustom Titanium, penggunaan tayar depan/belakang dari jenama Pirelli Corsa Diablo dan perlindung enjin jenis Hydrochrome.

“Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang ‘membela’ jentera ini. Paling tidak dilupakan apabila kerap diracun oleh kawan-kawan bermotor.

“Memang saya akui sudah banyak ‘melabur’ dalam menjadikan Yamaha XR1 ke tahap sebegini. Namun kepuasan yang dicapai cukup subjektif untuk diterjemahkan,” ujar Bunkfiz ketika mengulas mengenai pengalamannya menjadikan Yamaha LC135 ke tahap sebegini.

Ketika ditanya mengenai pembabitan dalam pertandingan motosikal dimodifikasi, Bunkfiz sekadar menjelaskan bahawa jentera miliknya masih belum cukup ‘bersedia’ untuk menyaingi kemampuan dan kehebatan jentera di luar sana.

“Yamaha XR1 masih ‘muda’ dan saya rasa belum bercadang untuk keluar menghiasi pertandingan samada di sekitar Kedah atau di luar. Tambahan kekangan masa antara kerjaya dan hobi juga agak membataskan untuk bergerak aktif dalam aktiviti tersebut.

“Biarlah ia menjadi tontonan ramai di kawasan sekitar (Alor Setar) sini dulu. Bagi saya, kehadiran Yamaha XR1 hanyalah satu kepuasan buat pemiliknya,” tutur Bunkfiz lagi.

Nama : Muhammad Hafiz Hamzi Khairol Anuar
Panggilan : Bunkfiz
Asal : Alor Setar, Kedah
Umur : 27 tahun
Status : Bujang
Kerjaya : Pembantu Jualan, Kaison Aman Central
Model : Yamaha LC 135 ES
Tahun : 2009

Spesifikai
BAHAGIAN ENJIN
CMS head 19/22 cuting uma port
Blok 68mm
Spring Valve CMS Racing
Port & Polish Oval Shape
Carb Uma 34mm
Intake Superhead
HighCam Cms
Bearing C3 Fibre
Rod SCK
Clutch Racing
Hyperclutch Cdi Brt
Custom QuickShifter

BAHAGIAN LUARAN
FullSet CoverSet Asal X1R
Custom Paint 5Tones Colour
Brek Pum Corsa Master Brembo
Nissin 4 port dihadapan LC135
Brembo 4 port kecil dibelakang Y15ZR
Hypertech Arm y15zr
Ekzos 28mm
Rim Asal 125Z
CNC Titanium Hub Spocket
Bracket Masterpump Racing Boy Converter
Tongkat Sisi Jenis Titanium
Spoket 34
CoverSet Separuh Salut CF
Rantai 415 RKM Gold
Monoshock KYB
Tongkat Sisi RXZ Kustom Titanium
Tayar Depan/Belakang Pirelli Corsa Diablo
Pelindung enjin Hydrochrome

Previous Post

Throwback Santai Retro PD

Next Post

Motor Terbaik Era 1940

Next Post

Motor Terbaik Era 1940

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved