Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Quartararo Terus Unggul

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-19
in BULETIN, UTAMA
0

Fabio Quartararo mendedahkan bagaimana perubahan corak pemikiran membantunya memberikan saingan hebat dalam musim baru ini untuk melakar dua kejayaan daripada tiga perlumbaan dalam kalendar MotoGP 2021. Selepas menawan Qatar, penunggang kelahiran Perancis itu berada di puncak Grand Prix (GP) Portugal, Portimao, yang sarat dengan aksi mendebarkan meskipun dia membuat permulaan goyah di petak depan.

Quartararo meraikan kemenangannya dengan gaya Cristiano Ronaldo selepas menjaringkan gol turut dibantu dengan insiden Alex Rins terbabas sekali gus memberinya ruang lebih selesa bagi menerajui perlumbaan.

“Permulaan saya baik, tetapi sayangnya yang lain pula lebih baik. Saya sangat gembira kerana secara jujurnya, saya tidak menyangka akan sepantas ini. Ia sangat deras,” kata Quartararo.

“Saya sedar kami mempunyai sedikit ketinggalan daripada Alex. Dia amat pantas sebelum kesilapannya, tetapi saya sendiri tidak menyangka mampu memecut sebegini.

“Sangat seronok untuk menikmati trek ini. Ia adalah trek yang unik.”

Pelumba Monster Yamaha itu kni memimpin kedudukan pelumba selepas memasuki kempen dengan sikap yang lebih positif.

Francesco Bagnaia pula mengakhiri kempen di Portugal di tempat kedua sementara Joan Mir melengkapkan podium.

“Yamaha membuat langkah besar dibandingkan tahun lalu tetapi daripada segi mental, saya berasa lebih kuat,” jelasnya lagi kepada media.

“Saya banyak belajar — tahun lalu, ketika motor tidak begitu hebat, saya selalu berfikiran negatif. Saya benar-benar berubah dengan sentiasa berasa positif.

“Saya tiba di sini dengan mengetahui jentera ini akan berfungsi, cuma ada yang tidak berjalan lancar tapi saya tidak terlalu memikirkannya. Untuk mengatur langkah seperti yang kami lakukan ini bukan mudah, tetapi saya fokus.”

Juara MotoGP enam kali, Marc Marquez, yang muncul dalam perlumbaan pertama sejak mengalami kemalangan tahun lalu menamatkan aksi di tempat ketujuh.

Dalam Moto2, pelumba negara yang mewakili NTS RW Racing GP, Hafizh Syahrin, menduduki tempat ke-18 dalam perlumbaan yang dimenangi pelumba Red Bull KTM Ajo, Raul Fernandez.

Sumber : Stadium Astro

Previous Post

Throwback : Bingit Rendezvous Malaysia Bike Week

Next Post

Lawatan Ke Teratak Mije The Snake Master

Next Post

Lawatan Ke Teratak Mije The Snake Master

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved