Bila sebut Toyota Yaris, mungkin ia tidak begitu mengujakan melainkan kepada para peminat kereta ini sendiri. Namun, ada sesuatu pada Toyota Yaris ini yang mampu membuatkan ramai teruja. Yaris Junior ini tampil lebih kecil berbanding Yaris biasa tetapi bukan itu yang menjadikan ia luar biasa!
Sekumpulan pelajar dari sebuah automotif telah datang dengan projek yang mengubah Toyota iQ menjadi sebuah Toyota GR Yaris yang bersaiz sangat kecil. Ya, pelajar Saitama Institute of Automotive Technology ini telah mengubah sebuah Toyota iQ yang asalnya sebuah unit FWD menjadi RWD menerusi Yaris Junior. Tunggu, bukan itu sahaja kejutannya!
Yaris Junior ini telah dikuasakan oleh enjin inline-four mill 1,440cc yang digunakan oleh Kawasaki Ninja ZX-14R yang menghasilkan sekitar 197hp dan tork 113lb-ft. Sebalik projek yang menyeronokkan kepada sekumpulan pelajar yang membinanya semata-mata untuk kredit (markah), Saitama telah membawanya ke Tokyo Auto Salon 2022 pada Januari lalu.
Projek Yaris Junior ini berjaya memenangi hadiah utama sebuah rancangan Tv di Tokyo, Super GT Plus. Setakat ini, pihak kolej tersebut masih belum berkongsi atau menerbitkan informasi yang lebih terperinci tentang Yaris Junior ini mahupun informasi teknikal.
Sumber : Rideapart