Pada tahun 2021, Moto Guzzi telah mengeluarkan edisi istimewa untuk semua model keluarannya bagi meraikan ulang tahun ke-100 tahun. Model sempena ulang tahun ke-100 ini diwarnakan dengan skem warna yang menarik seperti silver dan juga tampil elegan dan premium untuk penjenamaan Moto Guzzi. Bagi model tahun 2022, tidak banyak yang berubah selain Guzzi memanggilnya sebagai warna evokotif baharu.
Sebagaimana pengeluar motosikal yang lain, Moto Guzzi juga tidak ketinggalan mengeluarkan warna khas baharu untuk motosikal model V7 dan VS5TT pada tahun 2022 ini sebagai simbol selamat tinggal kepada motif monokrom tahun lalu. Bagi permulaan, V7 Stone tampil dengan warna Yellow Metallic dan juga terdapat dalam pilihan warna Gray Aluminium selain warna Black Ruvido dan Aranciano Rame.
Manakala untuk V7 Special ditawarkan dalam warna Blue Formal bersama pilihan Grigio Casual. Harganya pula, V7 Stone dijual pada harga bermula dari $10,385 USD (RM43,459.47). Harga V7 Special dijual pada harga $11,413 USD (RM47,762.155).
Model V85TT juga tidak diubah dari sudut mekanikalnya tetapi warnanya diinspirasikan daripada khazanah Moto Guzzi yang kayar seperti hijau Ataj dan Black Etna. Selain itu, lebih banyak pilihan grafik yang mencabar seperti Mojave Yellow dan Uluru Red yang bakal ditampilkan buat kali pertama pada tahun 2022. V85TT dalam warna standard dijual pada harga $13,888 USD (RM58,119.25) manakala untuk barisan “Evocative Graphics” berharga sekitar $14,227 USD (RM59,536.07).
Sumber : Rideapart / Motorrad