Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Program Penutup Sebelum Melangkah Ke Tahun 2022!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-01-07
in BULETIN, UTAMA
0

Pulau Langkawi tidak asing lagi kepada para pelancong samada dalam negeri mahupun luar negara. Begitu juga bikers kita yang kerap berkonvoi ke sini. Sebelum penutup tirai 2021, DZ Bikers yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Zailan Mohamed bersama ahli jawatan kuasanya telah memilih pulau lagenda Mahsuri sebagai destinasi ride hujung tahun 2021. Kebetulan, ada acara Langkawi FunRide pada 24 Disember yang lalu, AJK DZ Bikers memutuskan untuk bersama mengikuti acara Langkawi FunRide ini.

Bermula dari 23 Disember, peserta dari Kelantan telah bergerak melalui Jeli – Grik terus ke Perlis, sementara peserta Temerloh, jajahan Klang, Singapura pula berkumpul di R&R Rawang seawal pukul 7.00pagi. Diketuai oleh YBhg. Dato Hj Manan menuju ke Alor Setar, Kedah.

Allhamdullilah, peserta konvoi selamat sampai di Alor Setar dan disambut oleh Baie GW, PakSu@ Hj Din dan rakan Gold Wing dari utara. Konvoi dibawa ke Restaurant Karipoley di Jalan Stadium untuk makan tengah hari. Selesai makan tengah hari, peserta konvoi bergerak ke Jerai Hotel Alor Setar, Kedah. Setelah rehat dan solat asar, peserta bergerak ke Kuala Kuaq, di persisiran pantai mereka berpeluang melihat matahari terbenam. Tempat ini terkenal dengan mee udang yang mana udang-udangnya segar.

Pada 24 Disember, selepas sarapan sekitar jam 10.00 pagi, peserta terus keluar dari hotel menuju Restaurant Datuk Keramat, Jitra untuk makan tengah hari sebelum bergerak ke Kuala Perlis. Lebih kurang jam 1.00 petang, peserta konvoi bergerak menuju ke Kuala Perlis untuk menaiki feri roro ke Langkawi dan bergabung dengan peserta daripada Kelantan yang diketuai oleh Mr. Nadi.

Sekitar jam 3.00 petang, para peserta menaiki feri roro ke Pulau Langkawi dan jam 5.00 petang, feri roro mendarat di Pulau Langkawi. Konvoi bergerak menuju ke Goldsands Hotel, Kuah, Pulau Langkawi. Para peserta disambut oleh Puan Tun Sarimah Mohd Sharif bersama suaminya Dr. Ku Azhar Ku Abdul Razak. Sebelah petang, acara bebas sampai malam.

Keesokan harinya, 25 Disember, lebih kurang pukul 9.00 pagi. Selesai sarapan pagi, para peserta konvoi dibawa pusing Pulau Langkawi. Tempat-tempat yang sempat dilawat ialah Dataran Helang, Tugu Maha, Gunung Raya, Dataran Tanjung Rhu, Datai Golf Club dan Dataran Pantai Cenang.

Di Datai Golf Club dan di Dataran Pantai Cenang, berlangsungnya penyampaian cenderamata di antara dua pihak. Selesai lawatan pusing Pulau Langkawi, konvoi bergerak balik ke hotel untuk berehat sebelum majlis makan malam dan. Selepas solat maghrib, para peserta dan tetamu hadir untuk jamuan makan malam. Jamuan ini bertambah istimewa apabila mereka meraikan cinta pasangan-pasangan yang menyambut hari ulang tahun dan hari ulang tahun perkahwinan dengan bacaan doa selamat sebelum bersurai.

Seterusnya, pada 26 Disember. Para peserta konvoi dibawa ke Kedai Makan Pak KorqQ untuk sarapan pagi tajaan En Shukor yang juga seorang biker dan tuan punya Restaurant Pak KarQ di Kuah. Selesai sarapan, para peserta konvoi dibawa ke RAM’s Home Deco untuk membeli-belah sebelum menaiki feri roro pulang ke Kuala Perlis dan singgah minum petang di Darulaman Golf Club. Akhir sekali, para peserta pulang ke destinasi masing-masing. Alhamdullilah, semua peserta konvoi semuanya selamat sampai.

* Insya-Allah, DZ Bikers telah merancang beberapa acara konvoi ke beberapa negeri untuk tahun 2022 ini. Sama-sama kita doakan segala perancangan DZ Bikers dipermudahkan. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menaja acara ini.

Perkongsian oleh : ~ k Nor ~

 

 

Previous Post

MForce Dilantik Sebagai Pengedar Eksklusif

Next Post

Kita Buat Dia. Kalau Elok, Eloklah Dia!

Next Post

Kita Buat Dia. Kalau Elok, Eloklah Dia!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved