Kewujudan Katana bermula apabila Suzuki gagal mencipta model yang lebih moden pada era 70-an selepas GSX1100E sehingga dikritik banyak pihak. Disebabkan kegagalan itu, pengasasnya, Michio Suzuki mula mengkaji dan menggabungkan kepakaran pereka ternama BMW Mottorad iaitu Hans Muth, Jan Fellstrom dan Hans-Georg Karsten. Akhirnya, muncul motosikal pertama dengan kombinasi ciri estetik, ergonomik dan aerodinamik yang menggegarkan dunia permotoran sebaik dilancarkan pada 1981.
Meskipun zaman dan teknologi sudah berubah, namun kecintaan peminat motor retro masih tidak berubah bahkan ia menjadi buah bibir di kalangan pecinta pecinta jentera 2 roda. Walaupun sudah berada di alaf baru, masih ada collector atau pengumpul motor-motor lama ini di Malaysia.
Kali ini, wakil Roadstar abam Bobby berkesempatan bertemu dengan salah seorang pemilik Katana yang dikenali sebagai Angah. Bertempat di RnR Sungai Perak, abam Bobby tidak melepaskan peluang ini kerana Katana merupakan salah satu model yang amat diminatinya. Bila peminat bertemu dengan pemilik, maka banyak perkara yang dibualkan.
Sebenarnya, motor ini telah diambil sejak tahun lalu lagi tapi baru ada kesempatan untuk berkongsi dengan pembaca sekarang. Sewaktu gambar Katana ini dirakamkan, kebetulan Angah baru sahaja pulang dari KL selepas ride ke Perlis. Jauh tu?
“Kita buat dia, bang,” balas Angah dengan yakin.
Bukan sombong, apatah lagi riak tetapi Angah berhak untuk berasa yakin. Bagi memastikan Katana ini sentiasa berada dalam keadaan baik, servis secara berskala sentiasa dipatuhi dan mengetahui sejarah serta perlu diselenggara dengan betul. Bila semua ini dipatuhi, tentu keadaan Katana ini tetap steady. Ride sejauh mana, tidak akan jadi masalah. Apa kata orang? Tak goyang!
Katana model GSXR1100s ini dilahirkan pada tahun 1985-1988 dan merupakan generasi pertama superbike Suzuki. Dikenali sebagai slabside kerana bentuk casis dan coverset. Motor ini hanya menggunakan minyak hitam dan tidak menggunakan air sebagai penyejuk sebagai kebanyakan motor yang lebih baru, berjalan secara 4 silinder dengan 130hp pada 9500rpm, bertransmisi 5-kelajuan dan hanya menggunakan karburator Mikuni diagram 37mm, blok berkapasiti 1057cm³
Rancak? Betul-betul rancak motor ni!
Namun begitu, abam Bobby dikejutkan dengan plot twist yang tidak disangka-sangka. Ya, motor ini bukanlah milik Angah. Sebaliknya, milik orang lain yang tidak dapat menghadirkan diri. Angah diberikan peluang untuk ride motor ini ditemankan seorang teman, Aseng ASM.
Apa yang abam Bobby kagum dengan Angah, segala-gala tentang Katana Slabside ini disimpan kemas dalam otaknya. Jadi, Angah tiada masalah berkongsi serba sedikit tentang motor ini yang dipasangkan dengan rim asal 18 inci 35 lebar. Manakala tayar belakang pula, 18inci 4.5 lebar. Fork telah di-upgrade menjadi upside down, caliper depan Tokiko 6 pot dan master pump depan Brembo juga botol Brembo original.
Selain itu, hose brek steelbraded, masterpump brek belakang Brembo original, hose steelbraded, caliper belakang masih asal Tokiko 2 pot. Model ini masih memakai klac hydraulic, master pump clutch yang telah di-upgrade kepada Brembo original, rim depan belakang di-upgrade kepada Brembo depan 17inci 3.5lebar, belakang 17inch 6.0 lebar, tayar Pirelli Supercorsa SC1 V3 bersaiz depan 120/70 belakang 180/60. Warna dan signal ikut spesifikasi model UK. Ekzos pula, full system steel hand made. Fuh, berpeluh baca!
Bukan itu saja, berat motor ini seberat 272kg dan tangkinya pula boleh memuatkan sebanyak 21liter petrol. Motor ini telah diubahsuai sedikit mengikut kesesuaian tunggangan.
Bila tengok Angah memecut laju, abam Bobby nak cari sebijik. Teringin nak ride jauh-jauh!