Kerjasama KOYOKO dengan JPJ Wilayah
Seramai 393 orang pelajar telah terlibat dalam program Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di SMK Segambut Jaya K.L anjuran Koyoko. Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah, terdapat pelbagai aktiviti lain turut disediakan untuk menarik minat dan perhatian para peserta yang sudi meluangkan masa dengan menghadiri progam ini.
Diadakan para 19 Jun lalu, aturcara program dimulakan dengan ucapan guru dan diikuti Duta Koyoko, saudara En. Hishamuddin Bin Mohd Rashid. Para peserta turut mendengar sesi taklimat dari JPJ Wilayah, wakil Koyoko iaitu En. Khor dan taklimat keselamatan perlumbaan dari KW Motorsport dan juga segmen Cabutan Bertuah.
Sebelum menamatkan program kempen keselamatan kali ini, pihak penganjur turut mengadakan sesi taklimat beramah mesra bersama pelumba Petronas Cub Prix. Bukan itu sahaja, para peserta juga berpeluang menyaksikan aksi-aksi mendebarkan pelumba ini demo motor Cub Prix.