Program ini telah mendapat fokus daripada jabatan kerajaan selepas siri program dilaksanakan di peringkat sekolah menengah. Inisiatif ini telah diadakan buat pertama kali di Jabatan Kerja Raya pada 16 April dan Jabatan Pengairan & Saliran, Cawangan Larut Matang & Selama pada 29 April, kedua-duanya berlokasi di Taiping, Perak.
Bagi mencapai manfaat yang maksimum para hadirin dewasa ini, taklimat JPJ Negeri Perak telah fokuskan pada topik-topik pengubahsuaian kenderaan yang dibenarkan & yang tidak dibenarkan oleh JPJ Malaysia. Taklimat JPJ disampaikan oleh Tuan Mohd Sharizan Bin Sha’ri, Penolong Jurutera Bahagian Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Cara-cara memilih bateri motosikal dan tayar motosikal atau kereta dibentangkan oleh Pengarah Pemasaran KOYOKO, En.CP Khor. Dengan maklumat akademik yang dikongsikan, KOYOKO harap para pengguna dapat membeli tayar dan bateri yang bermutu tinggi, selamat dan sesuai untuk kenderaan sendiri, atau dikenali sebagai pengguna pintar (smart user).
Dengan inisiatif tambahan ini KOYOKO dan JPJ harap dapat meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya di kalangan orang awam dewasa. Turut menghadir, Jurutera Daerah JKR (En. Tuan Mohamed Bin Yusof) dan Jurutera Daerah JPS (Ir. Vasukey a/p P Palany Kumar) dan Duta KOYOKO (En. Hishamuddin Bin Mohd Rashid).