Kampung Jelempok di negeri Perlis telah menjadi tumpuan para penggiat dan pencinta acara cubcross apabila berlangsungnya Guar Sanji Fun Race Cubcross pada 26 Jun lalu. Diadakan buat pertama kalinya di litar yang baharu sahaja dibangunkan bagi memenuhi minat dalam kalangan penduduk Kampung Jelempok sendiri.
Dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Guar Sanji dengan kerjasama PEMUDA PAS Jelempok, acara ini tetap mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan walaupun baru pertama kali diadakan. Seramai 150 penyertaan telah diterima bagi memeriahkan lagi acara sukan cubcross yang semakin hangat diadakan di Malaysia.
Bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 6.00 petang, sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Cub Open, Cub Standard dan Standard Kilang. Cubcross ini pastinya tidak berjalan dengan begitu meriah apatah lagi lancar tanpa sokongan barisan para penaja seperti Hj. Zeel, YB Ustaz Ridzuan Hashim, Mokti, Kimiz, Kopi Gantung, DSSK dan lain-lain.
Sebagaimana dinyatakan awal tadi, acara ini berakhir sekitar pukul 6.00 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh YB Ustaz Ridzuan Hashim, ADUN Guar Sanji. Tahniah diucapkan kepada para pemenang serta penganjur yang berjaya menganjurkan Guar Sanji Fun Race Cubcross buat julung-julung kalinya ini. Diharapkan akan ada lebih banyak penganjuran serupa diadakan di masa hadapan.