Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan diadakan di beberapa kawasan di negeri Selangor serta Kuala Lumpur mulai Sabtu ini, 3hb. hingga 16hb. Julai 2021.
Ini kerana kes penularan wabak Covid-19 masih tidak terkawal di beberapa kawasan di Lembah Kelang ini, ujar Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob sebentar tadi. “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat perbentangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) kedua-dua negeri masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menurun.”
Selangor merekodkan purata 1,800 kes baharu setiap hari, manakala Kuala Lumpur mencatatkan purata sebanyak 600 hingga 1,000 kes baharu setiap hari. Itu bermaksud statistic 12.1 kes Covid-19 daripada 100,000 penduduk.
Oleh itu, PKPD merangkumi 14 kawasan di Kuala Lumpur serta 8 mukim di Selangor (sila rujuk di bawah) dan akan dikawal ketat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pergerakan serta apa-apa kegiatan adalah sengat terhad di kawasan-kawasan tersebut.
Kawasan-kawan di Kuala Lumpur ialah:
1. PPR Batu Muda.
2. PPR Sri Semarak.
3. Flat Seksyen 1, Wangsa Maju.
4. Flat Seksyen 2, Wangsa Maju.
5. Kg. Padang Balang.
6. Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2).
7. Flat Sri Sabah.
8. Kampung Puah.
9. PPR Kg. Baru Air Panas, Setiawangsa.
10. Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima), Titiwangsa.
11. Kg. Batu Muda, Batu.
12. PPR Kerinchi, Lembah Pantai.
13. Taman Ikan Emas.
14. Bandar Baru Sentul.
Kawasan-kawasan di Selangor ialah:
1. Gombak:
a. Batu,
b. Rawang,
c. Setapak,
d. Hulu Kelang,
e. Kuang.
2. Petaling:
a. Petaling.
b. Sg. Buloh.
c. Bukit Raja.
3. Hulu Langat:
a. Ampang,
b. Cheras,
c. Kajang,
d. Semenyih,
e. Beranang,
f. Hulu Langat.
4. Sepang:
a. Dengkil,
b. Labu.
c. Sepang.
5. Kuala Langat:
a. Tanjung 12 (1),
b. Tanjung 12 (2),
c. Teluk Panglima Garang,
d. Morib,
e. Bandar,
f. Jugra,
g. Batu,
6. Kelang:
a. Kapar,
b. Kelang,
7. Kuala Selangor:
a. Ijok,
b. Bestari Jaya,
c. Jeram,
d. Tanjung Karang.
8. Hulu Selangor:
a. Serendah,
b. Rasa,
c. Ulu Yam.
Sumber : Malay Mail / The Star Online