Pelancaran Vespa Primavera 75th Anniversary Edition dan Vespa GTS 300 75th Anniversary Edition
Tahun 2021 merupakan ulangtahun ke 75 untuk jenama motosikal Vespa. Oleh yang demikian, mereka telah melancarkan dua edisi baharu untuk meraikan ulangtahun tersebut iaitu Vespa Primavera 75th Anniversary Edition serta Vespa GTS 300 75th Anniversary Edition.

Kedua-dua model dihiasi dengan warna dan pelekat yang khas iaitu kuning “metallic” edisi terhad serta nombor “75” di panel tepi dan madgad depan. Tambah lagi, mereka juga dihiasi dengan plet yang menunjukkan nombor “75” dan tahun “1946 – 2021” di panel hapadan. Kedua-dua model yang dilancarkan di Indonesia baru-baru ini juga dilengkapi dengan beg berbentuk seakan roda ganti pada Vespa klasik di bahagian belakang tempat duduk.
Hiasan serta aksesori lain termasuklah roda depan dan belakang yang berwarna kelabu gelap, pelana duduk yang diliputi kulit berwarna hitam, serta cermin pandang belakang, meter, rak pembawa barang, dan pelitup ekzos yang dikrom.Selain daripada itu, pembeli juga akan mendapat satu “kit” istimewa yang mengandungi selendang sutera yang dibuat di Itali, plet keluli Vespa yang vintaj, buku panduan pengguna yang diperibadikan, serta lapan poskad yang menunjukkan sejarah Vespa dalam lapan dekad ini.
Model ini sudah tiba di Malaysia dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Harganya juga akan diberitahu pada masa yang sama.
Vespa sejenis motosikal dan jenama yang dibuat oleh Piaggio & Co. S.p.A. sejak 1946 di bandar Florence, daerah Tuscany di Italy. Piaggio Group sekarang berpengkalan di Pontedera Italy, dan merangkumi beberapa jenama Itali yang terkenal termasuklah Vespa, Aprilia, Moto Guzzi.
Pengedar sah untuk Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia merupakan Didi Resources Sdn. Bhd. yang bertempat di Motoplex Petaling Jaya.