Nampaknya rancangan atau kehendak kita yang hendak berkonvoi bermotosikal merentas negeri, apatah lagi untuk merentas sempadan negara hendaklah ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya setengah tahun lagi. Aktiviti-aktiviti sosial juga tidak dibenarkan.
Berita ini terkandung di dalam Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Pelan tersebut mempunyai empat fasa.
Fasa 1
PKP Menyeluruh yang berkuatkuasa sekarang.
Hanya perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi.
Purata kes Covid-19 baharu harian masih melebihi 4,000.
Penggunaan katil di wad ICU pada paras “kritikal.”
Kadar penduduk yang mendapat vaksin masih rendah.
Jangkamasa yang sasarkan ialah bulan Jun.
Peralihan kepada Fasa 2
Peralihan kepada Fasa 2 akan berlaku jika:
Purata kes baharu harian di bawah paras 4,000.
Perkhidmatan kesihatan awan di paras “sederhana.”
10 peratus daripada penduduk Malaysia telah menerima vaksin.
Ketika Fasa 2
Senarai perniagaan juga diperluaskan dan dibuka secara berperingkat.
Hanya perniagaan yang tersenarai sahaja dibenarkan beroperasi.
Perniagaan yang buka boleh membenarkan seramai 80% pekerja di lokasi.
Aktiviti sosial serta rentas negeri tidak dibenarkan.
Jangkamasa yang disasarkan ialah bulan Julai dan Ogos.
Peralihan kepada Fasa 3
Peralihan kepada Fasa 3 akan berlaku apabila:
Purata kes baharu harian turun ke bawah tahap 2,000.
Perkhidmatan kesihatan awam berada di paras “selesa.”
40 peratus daripada penduduk telah mendapat vaksin.
Ketika Fasa 3
Semua sektor ekonomi yang disenaraikan akan dibuka.
Sektor-sektor yang tersenarai sebagai negatif tidak dibenarkan beroperasi.
Aktiviti sosial seperti sekolah dan sukan-sukan tertentu dibuka secara berperingkat.
Parlimen akan dibuka.
Jangkamasa yang disasarkan ialah bulan September dan Oktober.
Peralihan ke Fasa 4
Purata kes harian berkurangan ke paras bawah 500.
Perkhidmatan kesihatan awam berada di tahap “mencukupi.”
60 peratus daripada penduduk telah mendapat suntikan vaksin.
Ketika Fasa 4
Fasa terakhir in akan melihatkan pemulihan semua sektor ekonomi serta sosial. Perjalanan merentas negeri serta pelancongan juga akan dibenarkan tetapi tertakluk kepada SOP.
Sumber: Astro Awani / humanresourcesonline.net