Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Petronas Spring Racing Sedia Bantu, Perlu Raih Kutipan Mata Baki 4 Perlumbaan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-23
in BULETIN, UTAMA
0


Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi (KIP) perlu meraih keputusan positif dalam baki empat perlumbaan Kejuaraan MotoGP Dunia bagi meneruskan karier permotorannya pada musim hadapan. Prinsipal pasukan Petronas Sprinta Racing Datuk Razlan Razali menegaskan, mereka bersedia menghulurkan bantuan kewangan kepada pelumba berusia 22 tahun itu untuk kembali beraksi pada Kejuaraan Eropah FIM CEV Moto2 pada musim hadapan, sekiranya bangkit meraih kutipan mata dalam baki empat perlumbaan berkenaan.

Beliau menjelaskan keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak KIP bersama Petronas Sprinta Racing diambil selepas pelumba berkenaan, gagal meraih sebarang mata atau menampilkan prestasi memberangsangkan dalam lapan perlumbaan yang disertainya pada musim ini.

“Pihak Dorna Sports menetapkan pada minggu lalu sebagai tarikh akhir untuk menamakan barisan pelumba untuk MotoGP pada musim hadapan, dan kita tidak mahu tunggu sehingga hujung musim ini untuk menamakan pelumba,” katanya pada sidang media secara maya bersama media tempatan menerusi aplikasi Google Hangouts, hari ini.

Dorna Sports merupakan pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP. KIP pernah menyertai Kejuaraan Remaja Dunia FIM CEV pada 2015 yang menyaksikan beliau menduduki tangga keenam keseluruhan.

Baki empat perlumbaan MotoGP pada musim ini adalah GP Teruel di Litar Aragon, Sepanyol pada 23-25 Okt, GP Eropah (6-8 Nov) dan GP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol (13-15 Nov), serta GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve dari 20-22 Nov ini.

Petronas Sprinta Racing menerusi satu kenyataan semalam, mengambil keputusan tidak melanjutkan kontrak KIP pada musim depan selepas gagal menyinar dalam saingan Moto3 pada musim ini. Tempat beliau diisi oleh pelumba dari Afrika Selatan, Darryn Binder daripada pasukan CIP Green Power bagi saingan Moto3 pada musim hadapan menerusi kontrak setahun.

KIP menyertai Petronas Sprinta Racing daripada pasukan Idemitsu Honda Team Asia pada musim lepas. Sepanjang empat musim bersama pasukan lamanya, KIP memenangi GP Argentina serta GP Jerman dalam saingan Moto3 pada 2016. — BERNAMA

Previous Post

Pra-Tempahan Mula Dibuka Kepada Yang Berminat!

Next Post

Sudah Tiba Di Pasaran Malaysia Dengan Harga RM115,900 Dan RM145,900

Next Post

Sudah Tiba Di Pasaran Malaysia Dengan Harga RM115,900 Dan RM145,900

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved