Perubahan Sempena Ulang Tahun ke-30 CBR1000RR-R!

Honda Fireblade bakal menyambut ulang tahun ke-30 pada tahun 2022 dan sudah ada spekulasi tentang perancangan yang bakal dilakukan untuk CBR1000RR-R terbaharu termasuklah warna khusus meraikannya. Berita baiknya, ia bukan lagi sekadar spekulasi. Menurut laporan Cycleworld, terdapat kelulusan jenis Eropah difailkan yang menunjukkan perubahan spesifikasi pada tahun depan.

Terdapat khabar angin pada September lalu mengatakan Honda akan menala perubahan spesifikasi CBR1000RR-R, dalam bentuk SP untuk mempertingkatkan potensinya dalam perlumbaan. Kini, Honda sudah pun melakukan perubahan signifikan untuk mendapatkat kelulusan jenis baharu bagi model tahun 2022; perubahan kepada dua-dua versi asas dan SP. Memandangkan CBR1000RR-R merupakan jentera baharu untuk tahun 2020, tidak banyak perubahan yang diharapkan samada dari segi penampilan atau teknologi tetapi masih ada perubahan yang dilakukan.

Kedua-dua data untuk kuasa dan tork dikatakan telah menerima perubahan kecil untuk model tahun 2022. Kuasa – untuk pasaran Eropah – dikurangkan dari 214.6 hp (160kW) kepada 213.9 hp (159.5kW). Manakala tork pula dikurangkan dari 83.3 lb-ft kepada 82.6 lb-ft. Data terbaharu didapati dari pusingan yang sama seperti sebelum ini, malah ia sangat hampir seperti model sebelum ini dan mungkin hanya boleh dibezakan menerusi ujian atau keadaan pembuatannya. Namun ia sangat jelas untuk digunakan dalam dokumen rasmi. Perubahan ini dipercayai menjadi perubahan katalitik baharu dalam kotak kolektor walaupun ia bukan sesuatu yang tersedia secara kasarnya, kerana tail pipe dan muffler tidak diubah.

Berat motosikal ini kekal sama seperti sebelum ini kerana tiada perubahan dimensi fizikal yang dilakukan. Bagaimanapun, jarak roda telah diubah untuk tahun 2022, sekaligus menyokong khabar angin yang ada perubahan dilakukan ke atas pengendalian khususnya prestasi di atas litar. Selain itu, menjadikan CBR1000RR-R sebagai jentera paling efektif untuk perlumbaan WSBK.

Apa-apa pun, kesemua perubahan ini bakal diketahui tidak lama lagi kerana Honda bakal mendedahkan Fireblade spesifikasi 2022 pada atau sebelum berlangsungnya EICMA di Milan. Ia akan dibuka kepada media pada 23 November dan umum dua hari selepas itu. Sama-sama kita tunggu!

Sumber : Cycleworld / Rideapart