Perlumbaan motosikal ‘adventure’ terbesar di dunia, GIVI Rimba Raid yang diadakan tahun ini Kuala Tahan, Pahang menyaksikan penguasaan pelumba-pelumba negara Thailand di dalam empat kategori perlumbaan, termasuk merangkul kemenangan keseluruhan di kalangan 223 pelumba yang memulakan perlumbaan.
Berpandukan slogan #offroadtakbolehpurapura, pihak penganjur telah menyediakan sebuah laluan yang berpandangan indah namun mencabar melalui hutan baka di Pahang Tengah. Setiap pelumba menempuh banyak cabaran bagi menguji ketabahan mental dan fizikal mereka seperti tanah liat merah, lurah yang dalam, bonggol-bonggol batu besar, laluan yang licin, bukit yang amat curam, laluan yang sempit, tujuh anak sungai, serta tebing sungai dengan pasir yang amat lembut sebagai cabaran terakhir.
Beberapa kawasan tutut diberikan nama olok-olok seperti Bukit Taubat, Jurassic Park, Moonwalk, Gunung Dulang, Cerun Harapan, Lembah Marikh, dan sebagainya. Pihak penganjur telah melakukan beberapa misi simulasi perlumbaan dan mendapati bahawa laluan ini boleh diselesaikan dalam masa 3 jam 30 minit. Oleh itu, masa tersebut digunakan sebagai suatu tolok perbandingan.
Pelumba-pelumba pertama yang dilepaskan merupakan Kelas C – Enduro Rally bagi motosikal enduro silinder tunggal di antara 250cc hingga 800cc. Jumlah bahanapi merupakan antara cabaran terbesar dihadapi oleh mereka kerana motosikal jenis ini menggunakan tangka minyak yang kecil. Oleh itu, kaedah pembawaan bahanapi telah diperiksa untuk kelayakan.
Akhirnya, pelumba Malaysia, Mohd Zulkarnain yang menunggang KTM 300 EX/C merupakan orang pertama yang keluar daripada hutan dengan masa 3h:4m:37.312s. Pelumba Thailand, Chaipuek Sangaroon di atas sebuah KTM 350 EX/C-F mengikuti di belakang dan merakamkan masa 3h:14m:39.634s untuk mendudukki tempat kedua. Kelvin Chia daripada Singapura pula mengambil tempat akhir di atas podium dengan catatan masa 3j:19m:10.801s.
Kelas C – DP Rally untuk motosikal ‘adventure’ silinder tunggal di antara 250cc ke 800c merupakan kategori kedua yang dilepaskan. Pelumba Thailand Traiphop Boontha mengatasi semua pelumba dengan masa yang amat pantas iaitu 2j:55m:20.980s di atas sebuah Honda CRF250L Rally. Rakan senegaranya Manop Abdulkaree tiba di garisan penamat dengan masa 3j:11m:44.030s. Kedudukan podium terakhir dimenangi oleh oleh Mark Dustin Richardson yang berasal daripada Kanada dengan waktu 3j:20m:40.660s.
Kategori ketiga yang dilepaskan ialah Kelas B bagi motosikal-motosikal ‘adventure’ bersilinder berganda di antara 250cc hingga 999cc. Pelumba pertama yang tiba di garisan penamat ialah Saphon Somroop dengan masa 2j:51m:28.300s yang mengejutkan. Tidak cukup dengan itu, Suradet Taweelap mengikutinya 30 saat di belakang untuk mencatat masa 2j:51m:58.77s dan Charod Khumchat tiba di penghabisan dengan masa 3j:9m:38.573s bagi menguasai kesemua tempat di atas podium. Malah, kesemua tempat kelima teratas di dalam kelas ini dikuasai oleh pelumba Thailand dengan jentera kegemaran mereka, Yamaha T7 Ténéré.
Kelas A merupakan kategori utama bagi Rimba Raid sejak permulaannya pada 2015 dan merangkumi motosikal ‘adventure’ dengan enjin silinder berganda yang melebihi 1000cc. Namun, pihak penganjur telah membuat satu perbezaan kali ini iaitu dengan melepaskan kelas ini di belakang semua peserta lain kerana untuk mengurangkan risiko motosikal besar terkandas di tengah laluan. Pelumba pertama yang melintasi garisan tamat ialah Theera Putthai daripada Thailand dengan mencatat masa 3h:8m:43.710s. Rakan senegaranya Pisanu Chimma mengikuti di belakangnya dengan masa 3h:21m:3.815s. Pelumba dari Malaysia, Alan Ng tiba dengan masa 3h:53m:56.100s. Ketiga-tiga mereka ini menunggang Honda CRF1100L African Twin.
Secara keseluruhannya, masa yang dicatatkan oleh Saphon di dalam Kelas B sukar digugat dan meletakkannya sebagai Pemenang Keseluruhan Perlumbaan. Tempat kedua diikuti oleh rakan senegara Suradet (Kelas B) dan Traiphop (Class C – DP Rally) di tempat ketiga untuk menguasai kedudukan podium. Mengikut analisis, Saphon dan Suradet telah memotong lebih daripada 100 pelumba lain yang telah bermula di hadapan mereka, dan mereka juga lebih pantas daripada mereka yang membawa motosikal enduro.
Selain itu, terdapat 8 pelumba Thailand dalam 10 kedudukan teratas (Top 10) dalam Kelas A, manakala 8 lagi pelumba di dalam kedudukan 10 teratas (Top 10) di dalam Kelas B, serta ada 3 pelumba negara itu di dalam 5 tempat teratas (Top 5) di dalam Kelas C – DP Rally. Faktor penguasaan Thailand ini kerana mereka telah mengadakan pusingan kelayakan “Road to Rimba Raid” (Perjalanan ke Rimba Raid) di negara mereka sendiri bagi mencari pelumba-pelumba yang terbaik untuk mewakili negara mereka di GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022.
Apapun, para pelumba tempatan berkata mereka akan berlatih dengan lebih intensif bagi mempertahankan nama negara di GIVI Rimba Raid yang akan datang. Hanya 99 daripada 223 pelumba yang dilepaskan dapat mencatatkan masa sebelum peringkat terakhir ditutup. Laluan yang mencabar menyebabkan beberapa jentera serta pelumba terkandas dalam hutan.
Upacara permulaan disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda juga menyempurnakan majlis penanaman semula anak pokok berbagai jenis di Bukit Awan.
Pencapaian yang Penting dan Beberapa Fakta Ringkas
GIVI Rimba Raid tahun ini merupakan acara tersebar sejak penubuhannya pada 2015. Ia telah menerima sebanyak 241 penyerta daripada 14 negara termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Colombia, United Kingdom, Belanda, Itali, Poland, Australia, Jepun, Vietnam, Thailand, Singapore, Indonesia, serta Malaysia.
Jumlah penyertaan ini telah menjadikan acara ini sebagai perlumbaan bertaraf dunia terbesar di Malaysia selain daripada MotoGP Malaysia.
Rimba Raid kini merupakan perlumbaan ‘off-road’ bagi motosikal ‘adventure’ berkapasiti besar yang terbesar di dunia.
Perlumbaan ini disanksi (‘sanctioned’) oleh Motorsports Association of Malaysia (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia) yang juga merupakan agensi berkanun yang diiktiraf oleh Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM). FIM juga merupakan badan berkanun untuk perlumbaan bertaraf dunia seperti MotoGP, WorldSBK, dan sebagainya.
Jumlah penyertaan mengikut kelas adalah:
– Kelas A – 67
– Kelas B – 62
– Kelas C Enduro Rally – 38
– Kelas C DP Rally – 60
Acara tahun ini menunjukkan perkembangan kemahiran penunggang yang mendadak berbanding dengan GIVI Rimba Raid 2019 dan 2018.
Penyertaan kali pertama oleh beberapa motosikal yang tidak pernah dilumbakan di mana-mana di dunia, termasuk Aprilia Tuareg 660, Harley-Davidson Pan America 1250, KTM 390 Adventure, Husqvarna 901 Norden, Fantic Caballero 500, Moto Morini X-Cape 650, WMoto SX300.
Jentera Yamaha T7 Ténéré mendominasi Kelas B, manakala Honda CRF1100L Africa Twin mendominasi Kelas A.
Motosikal Harley-Davidson Pan America 1250 tiba di garisan penamat 2 jam lebih awal daripada BMW BMW R 1200 GS/R 1250 GS yang pertama. Hanya 2 GS diklasifikasikan sebagai menamatkan perlumbaan.
Hampir semua jenama motosikal yang membuat model ‘adventure’ serta enduro telah mengambil bahagain:
– Aprilia – 1
– Beta – 4
– BMW – 54
– Fantic – 1
– GASGAS – 1
– Harley-Davidson – 2
– Honda – 43
– Husqvarna – 17
– Kawasaki – 12
– KTM – 66
– Moto Morini – 1
– Sherco – 1
– Suzuki – 2
– Tekken – 1
– Triumph – 3
– Wmoto – 1
– Yamaha – 30
Acara ini juga menyaksikan ribuan penonton sepanjang 23 hingga 25 September. Ia merupakan suatu sokongan yang baik untuk ekonomi tempatan.
Penaja utama acara, GIVI, telah menganjurkan sebuah konvoi bermotosikal yang khas dinamkan “GIVI RIMBA CAMP” ke acara ini dengan peserta-peserta daripada Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan lain-lain lagi. GIVI juga telah menaja hadiah-hadiah utama selain daripada menyediakan hadiah-hadiah eksklusif kepada para pelumba. Seperti biasa, mereka juga membuka sebuah khemah besar bagi menunjukkan barangan mereka yang terbaharu serta menyediakan pertolongan kepada pelumba-pelumba yang menggunakan produk mereka.
BMW Motorrad Auto Bavaria telah membawa konvoi dengan 150 pemilik jenama itu.
Ducati Malaysia telah membuka khemah untuk menunjukkan barangan mereka.
Fantic Motor Malaysia menunjukkan Fantic Caballero 500 serta motosikal enduro XFE 125.
Senarai peserta:
GIVI.
BMW Motorrad Auto Bavaria.
GASGAS Malaysia.
KTM Malaysia.
Husqvarna Motorcycles Malaysia.
Suzuki Malaysia.
Pirelli.
Penaja:
GIVI.
MEDALAB.
Xtreme Machines.
MOTOREX.
Pirelli.
Tourism Pahang.
Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC).
Gorilla Energy Drink