Pelumba Yamaha YZF-RIM dari pasukan Thailand Racing Team, Apiwath Wongthananon mencatatkan masa terpantas kategori ASB1000 pada sesi ujian pramusim hari pertama Kejohanan Lumba Motosikal Asia (FIM Asia Road Racing Championship) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang.
Apiwath berjaya mencatatkan masa 1:36:241s yang diikuti rapat oleh Mohd Zaqhwan Zaidi. Pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing dengan Showa, Zaqhwan mencatatkan masa 1:36:478 dan meninggalkan seorang lagi pelumba Thailand, Anupab Sarmoon yang mencatatkan masa 1:37:052.
Manakala untuk kategori SS600, didahului pelumba HONDA Racing Thailand iaitu Nakarin Atiratphuvapat dengan catatan terpantas 1:39:823s. Beraksi di tempat sendiri ternyata memberi banyak kelebihan kepada para pelumba Thailand dan digunakan sebaik mungkin.
Rakan sepasukan Nakarin, Kritchaporn Kaesonthi mengikuti rapat di belakangnya seterusnya mencatatkan masa 1:40:210s yang bersaing sengit dari pelumba negara, Khairul Idham Pawi dengan catatan masa 1:40:218s.