Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Perkukuhkan Kedudukan Sebagai Jentera Superbike Yang Paling Superlatif

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-06-06
in BULETIN, UTAMA
0

Perungkaian BMW S 1000 RR baharu menaikkan tanda aras bagi segmen jentera superbike di pasaran Malaysia, hadir dengan pengemaskinian yang memperkayakan lagi keunggulannya sejak model ini membuat kemunculan pada tahun 2009.

BMW Motorrad Malaysia mengakhiri penantian ramai dengan merungkaikan jentera BMW S 1000 RR yang baharu pada hari ini, didatangkan dengan aneka penambahbaikan untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai jentera superbike yang paling superlatif.

“Dengan pengenalan BMW S 1000 RR terbaharu, ia membuka satu lagi lembaran sejarah yang mengujakan dalam legasi kejuruteraan motosikal sporty dan dinamik daripada BMW Motorrad.

Sinonim dengan litar lumba, setiap aspek superbike ini telah dirumus khas dengan kebolehan untuk melakar persembahan yang terbaik, menjadikan jentera ini pilihan yang natural bagi para penunggang yang mendahagakan prestasi sukan permotoran yang sebenar lagi mengghairahkan” ujar Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Tambah beliau, “Dengan memilih untuk memperhalusi dan menaik taraf elemen-elemen rekaan yang tertentu, BMW S 1000 RR baharu kini lebih tertumpu untuk memenuhi keperluan peminatnya yang mendambakan keunggulan.

Mengendong DNA sukan permotoran prestasi tinggi, BMW Motorrad Malaysia yakin bahawa jentera ini akan terus memberi inspirasi kepada para penunggang yang berani menyahut cabaran. Dengan BMW S 1000 RR baharu, BMW Motorrad Malaysia juga ingin mempelawa para penunggang untuk meneroka sebuah dunia yang penuh dengan keghairahan, di atas dan di luar litar lumba, dan #NeverStopChallenging.”

Memahat tanda aras baharu dalam segmen superbike, BMW S 1000 RR baharu berdiri teguh sebagai antara model yang paling berprestasi tingi dalam portfolio BMW Motorrad.

Dengan legasi yang menjangkau detik kemunculannya pada tahun 2009, iterasi siri BMW S 1000 RR yang terkini menaikkan lagi tanda aras bagi segmennya, dengan memperkenalkan aneka inovasi serba komprehensif yang melibatkan enjin, suspensi, casis, aerodinamik, reka bentuk dan sistem bantuan miliknya. Segalanya berpaksikan satu matlamat utama, yakni untuk terus mengungguli kedudukan yang teratas mengatasi jenama motosikal lain dalam kelasnya.

Kuasa dan kejituan di setiap selekoh. Seperti model yang terdahulu, komponen casis BMW S 1000 RR baharu dikimpal dalam kerangka titian aluminium yang mengintegrasikan enjin secara menyendeng ke hadapan pada sudut 32 darjah. Dengan Malaysia matlamat untuk mengoptimumkan fleksibiliti lateralnya, rangka utama BMW S 1000 RR baharu telah diperkayakan dengan beberapa pembukaan pada bahagian sisi.

Selain itu, sudut kepala steringnya telah didatarkan sebanyak 0.5° dan ofset bahagian pengapit bertiga telah dikurangkan sebanyak 3 mm. Geometri casis yang baharu ini disempurnakan dengan bukan sahaja kejituan tunggangan yang lebih baik, tapi juga maklum balas yang lebih jelas daripada roda hadapan.

Tambahan lagi, seksyen hadapan dan belakang, serta sayap lawi jentera ini juga telah diperbaharui untuk meningkatkan prestasi aerodinamik dan sifat sporty. Menjadi jantung BMW S 1000 RR baharu ialah enjin sebaris empat silinder yang telah diperhalusi berdasarkan model yang terdahulu. Puncak kuasanya kini mencecah 154 kW (210 kk) pada paras 13,750 rpm, iaitu peningkatan sebanyak 2 kW (3 kk) berbanding iterasi yang sebelumnya, manakala nilai tork maksimumnya sebanyak 113 Nm dijana pada paras 11,000 rpm.

Mengiringi kehebatan output kuasanya ialah julat kelajuan enjin yang lebih luas, dengan kelajuan maksimum enjin yang mencecah 14,600 rpm. Selain penaiktarafan prestasi, inovasi yang lebih mengagumkan juga menambah baik aspek kawalan buat para penunggang.

Ia meliputi fungsi Slide Control yang baharu dalam sistem Dynamic Traction Control (DTC), yang memberi bantuan kepada penunggang semasa memecut keluar dari selekoh. Ia didatangkan dengan dua sudut drif praset bagi sistem kawalan cengkaman, kedua-duanya memanfaatkan sensor sudut stering lanjutan bagi mengurangkan kegelinciran serta menstabilkan motosikal tersebut semasa menyendeng, yakni sebaik sahaja sudut stering praset berkenaan dicapai.

Satu lagi inovasi yang menarik ialah Brake Slide Assist, merupakan sebahagian daripada ABS Pro yang dirangkumkan secara standard. Juga berdasarkan teknologi sensor stering, fungsi baharu ini membolehkan penunggang membuat pratetapan sudut drif, atau disebut sebagai drif pembrekan, untuk kegunaan semasa memasuki selekoh pada kelajuan yang terkawal.

Disamping itu, BMW S 1000 RR baharu juga didatangkan dengan empat mod tunggangan – “Rain”, “Road”, “Dynamic” dan “Race”.

Secara standard, BMW S 1000 RR baharu dilengkapi dengan BMW Motorrad Race ABS, Hill Start Control (HSC), Shift Assist Pro, lampu signal LED, lampu hadapan dan belakang LED, serta M GPS Laptrigger.

Juga disertakan secara standard ialah Dynamic Package, yang mencakupi Riding Mode Pro, HSC Pro, Dynamic Brake Control (DBC), Dynamic Damping Control (DDC), penggenggam hangat dan kawalan luncur. BMW S 1000 RR terbaharu dibawakan dalam dua tema warna yang menawan – Style Passion dalam Racing Red serta M Package Lightwhite yang berorientasikan sukan perlumbaan.

BMW S 1000 RR serba baharu didatangkan pada tag harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan selama 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) dengan dua varian berbeza BMW S 1000 RR Style Passion dengan harga RM129,500.00 dan BMW S 1000 RR M Package pada harga RM149,500.00.

Previous Post

Dihangatkan Dengan Kehadiran Crew RS15O Perak Official

Next Post

Dianjurkan Buat Kali Ke-8, Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Dan Undangan!

Next Post

Dianjurkan Buat Kali Ke-8, Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Dan Undangan!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved